TAMAN PERKELAHAN BUNSIT KENINGAU: SEMACAM TERBIAR..-:(


Sabtu lalu terlintas dalam fikiran untuk berkunjung ke Taman Perkelahan Bunsit Keningau.

Taman ini terletak di kawasan Bingkor dan lebih kurang 10km dari Pekan Keningau.

Setibanya di taman perkelahan saya dapati ramai pengunjung yang datang bersama keluarga masing-masing sambil bermandi manda di sungai yang mengalir tenang.

Sememangnya taman perkelahan ini terkenal di daerah ini kerana keindahan panoramanya. Jauh dari kesibukan kota dan udara yang bersih.

Namun itu cerita dan kisah lampau, kini taman ini seakan terbiar tanpa penjagaan yang wajar. Malah kemungkinan taman ini suatu hari nanti akan hilang dari ingatan pengunjung ramai sekiranya sesuatu tindakan segera di ambil. Saya kira kawasan ini di bawah seliaan PBT.

Saya ada beberapa cadangan untuk menjadikan kawasan taman perkelahan ini agak kelihatan menarik, antaranya:-

1. Pastikan kebersihan sentiasa di ambil perhatian termasuk menyediakan tong-tong sampah;

2. Menyediakan kawasan khas parkir kenderaan agar tidak merosakkan persekitaran lapang/tidak merosakkan rumput

3. Memastikan gejala vandalisma tidak berleluasa

4. Menyediakan tandas yang lebih moden dan pada kedudukan yang sesuai;

5. Sentiasa menyelanggara pondok-pondok yang didirikan;

6. Menyediakan bilik khas persalinan wanita dan lelaki secara berasingan;

Disamping itu bangunan yang tidak tersusun rapi perlu di susun semula agar kelihatan menarik. Juga, penjualan arak di warung-warung sedia ada perlu di hentikan.

Pada saya juga, tidak salah pihak PBT  melantik syarikat untuk menjaga taman ini agar terus terjaga dan kekal sebagai taman untuk kawasan istirehat di hujung minggu.

*******

 

Terima kasih pada yang menghantar sms ucapan hari lebaran;

Cikgu Fazli Ali, Cikgu Zulhelmi Hasbi, Encik Jefri Siman, Ust Salehudin Rusinin, Cikgu Anuar Ali, Cikgu Masliah Musa, Ust Firdaus Faizal, Encik Hamzah Abie, Ustaz Mohd Yassin Yunus, Aman Palestin, Ust Khairi Zainudin, Cikgu Jaiman, Puan Nursuhana, Ustaz Zainudin Mahmud,Encik Ahmad Yassin, Ust Sulaimin Musinin, Encik Jahar Nukakatan, Sdr Edul Maulud, Ustaz Pengiran Ismail, Ust Musally Moksin, Sdr Daud Madin,Ust Saifulzaman Sangul,Hj Yahya Hasan, Ust Astahairi, Ust Suhaidi Ag Damit, Sdr Hairin Hamirin, Ustazah Adibah Wasimin, Ustz Khairul Yusob, Sdr Khaidir, Ust Sakaria, Ust Hafizi Adam, Haji Hassan Wahab, Ust Sotimin Sarun, Ustazah Zubaidah Abd Rahim, Yb Arifin Arif, Cik Musliha, Sdr Firman Shah, Ustaz Abdin Hasmin, Sdr Junaidi LHDN, Ustaz Mansur Kelate, Sdr Aziz HMB, Cikgu Khairul Apin2, Ustazah Dg Afsah Binsin, Ustazah Zurairah Rujizaman, Cikgu Rajudin Raju,Ustaz Ahadin Arienen, Sdr Arshd Haji Diasin,Sdr Daud Abie, Sdr Jonatan Kanduk, Ustaz Abdul Imam Basirun, Ustaz Sidik Ag Adi, Sdr Shamsol0 Bari, Ustaz Mohd Akmal Othman, Puan Haini Karno, Sdr Misnan Warman, Cik Nurasnie Amirudin, Ustaz Baharudin Alwi, Encik Azman Haji Ruslan, Ustaz Lokman Lubis, Kak Sharifah Nadhrah Nasition. dan ramai lagi yang tidak dapat di kenalpasti empunya no telefon.

jazakumullahu khairan kathira….

Advertisements

UST MOHAMAD RAFFEE GHALIL ABBAS DAN CIK NUR FATEN IZZATI RABLIN WAKILI SABAH


Jam 8.15 pada 27 Ogos 2010 kami bertolak ke Masjid Saidina Ali di Bukit Katil Melaka. Rombongan kami di kendalikan oleh Jabatan Ketua Menteri Melaka.

Pada cabutan undi petang tadi wakil sabah iaitu Ustaz Mohamad Raffee Ghalil Abbas akan membaca pada giliran no 2, manakala Cik Nurfaten Izzati Rablin pada giliran no 6.

Seramai 30 peserta qari dan qariah mengambil bahagian dalam tilawah ini. Ini termasuklah Malaysia, China, Singapura, Thailand, Filipina (Mindanao), Afrika selatan, Riau, Kepulauan Riau, Kepulauan Bangka Belitung dan Acheh.

Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh YAB Dato` Wira Ali Rustam, Ketua Menteri Melaka.