TAMAN PERKELAHAN BUNSIT KENINGAU: SEMACAM TERBIAR..-:(


Sabtu lalu terlintas dalam fikiran untuk berkunjung ke Taman Perkelahan Bunsit Keningau.

Taman ini terletak di kawasan Bingkor dan lebih kurang 10km dari Pekan Keningau.

Setibanya di taman perkelahan saya dapati ramai pengunjung yang datang bersama keluarga masing-masing sambil bermandi manda di sungai yang mengalir tenang.

Sememangnya taman perkelahan ini terkenal di daerah ini kerana keindahan panoramanya. Jauh dari kesibukan kota dan udara yang bersih.

Namun itu cerita dan kisah lampau, kini taman ini seakan terbiar tanpa penjagaan yang wajar. Malah kemungkinan taman ini suatu hari nanti akan hilang dari ingatan pengunjung ramai sekiranya sesuatu tindakan segera di ambil. Saya kira kawasan ini di bawah seliaan PBT.

Saya ada beberapa cadangan untuk menjadikan kawasan taman perkelahan ini agak kelihatan menarik, antaranya:-

1. Pastikan kebersihan sentiasa di ambil perhatian termasuk menyediakan tong-tong sampah;

2. Menyediakan kawasan khas parkir kenderaan agar tidak merosakkan persekitaran lapang/tidak merosakkan rumput

3. Memastikan gejala vandalisma tidak berleluasa

4. Menyediakan tandas yang lebih moden dan pada kedudukan yang sesuai;

5. Sentiasa menyelanggara pondok-pondok yang didirikan;

6. Menyediakan bilik khas persalinan wanita dan lelaki secara berasingan;

Disamping itu bangunan yang tidak tersusun rapi perlu di susun semula agar kelihatan menarik. Juga, penjualan arak di warung-warung sedia ada perlu di hentikan.

Pada saya juga, tidak salah pihak PBT  melantik syarikat untuk menjaga taman ini agar terus terjaga dan kekal sebagai taman untuk kawasan istirehat di hujung minggu.

*******

 

Terima kasih pada yang menghantar sms ucapan hari lebaran;

Cikgu Fazli Ali, Cikgu Zulhelmi Hasbi, Encik Jefri Siman, Ust Salehudin Rusinin, Cikgu Anuar Ali, Cikgu Masliah Musa, Ust Firdaus Faizal, Encik Hamzah Abie, Ustaz Mohd Yassin Yunus, Aman Palestin, Ust Khairi Zainudin, Cikgu Jaiman, Puan Nursuhana, Ustaz Zainudin Mahmud,Encik Ahmad Yassin, Ust Sulaimin Musinin, Encik Jahar Nukakatan, Sdr Edul Maulud, Ustaz Pengiran Ismail, Ust Musally Moksin, Sdr Daud Madin,Ust Saifulzaman Sangul,Hj Yahya Hasan, Ust Astahairi, Ust Suhaidi Ag Damit, Sdr Hairin Hamirin, Ustazah Adibah Wasimin, Ustz Khairul Yusob, Sdr Khaidir, Ust Sakaria, Ust Hafizi Adam, Haji Hassan Wahab, Ust Sotimin Sarun, Ustazah Zubaidah Abd Rahim, Yb Arifin Arif, Cik Musliha, Sdr Firman Shah, Ustaz Abdin Hasmin, Sdr Junaidi LHDN, Ustaz Mansur Kelate, Sdr Aziz HMB, Cikgu Khairul Apin2, Ustazah Dg Afsah Binsin, Ustazah Zurairah Rujizaman, Cikgu Rajudin Raju,Ustaz Ahadin Arienen, Sdr Arshd Haji Diasin,Sdr Daud Abie, Sdr Jonatan Kanduk, Ustaz Abdul Imam Basirun, Ustaz Sidik Ag Adi, Sdr Shamsol0 Bari, Ustaz Mohd Akmal Othman, Puan Haini Karno, Sdr Misnan Warman, Cik Nurasnie Amirudin, Ustaz Baharudin Alwi, Encik Azman Haji Ruslan, Ustaz Lokman Lubis, Kak Sharifah Nadhrah Nasition. dan ramai lagi yang tidak dapat di kenalpasti empunya no telefon.

jazakumullahu khairan kathira….

5 comments on “TAMAN PERKELAHAN BUNSIT KENINGAU: SEMACAM TERBIAR..-:(

  1. Ustaz, saya pun pernah merancang untuk membawa keluarga dan anak2 buah pergi melawat Bunsit pada hari raya ke3, tetapi menukar plan disaat akhir sebab ada kawan beri tahu Bunsit tidak lagi macam dulu. Akhirnya kami pergi ke Taman Pertanian Tenom. Walau macam mana pun masih ada keinginan untuk melawat Bunsit dimasa akan datang.

  2. Salam ustaz tahniah diatas usaha mengujudkan blog ini, semoga segala maklumat yang dipaparkan dapat dikongsi bersama , saya terjumpa secara tidak sengaja semoga usaha yang baik ini mendapat berkat drp ALLAH swt.. wassalam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s