SUIS TAMBUNAN: DULU KINI DAN SELAMANYA


24 Oktober 2010, hadir ke Majlis Khatam Al-Quran SUIS Pekan Tambunan.

Kehadiran kali ini atas undangan Guru Besar, Ustazah Zubaidah Abdul Rahim yang juga merupakan guru saya ketika menuntut di sekolah ini dari 1996-1999 sebelum ke SMUA Pasir Mas, Kelantan. Ini bererti, telah 20 tahun saya keluar daripada sekolah ini. 

Terlalu banyak kenangan semasa menagih ilmu di bawah bumbung sekolah ini. Saya yakin tiada seorang pun sahabat saya di luar sana  menafikannya. Sekolah yang mengajar erti kesusahan, erti berdikari dan sebagainya.

Saya amat berterima kasih (meskipun tidak mampu diukur dengan kata-kata) kepada guru-guru yang pernah membimbing generasi menjadi insan yang berjaya.

Dalam masa 38 tahun penubuhan sekolah ini, 24 Oktober 2010 merupakan hari bersejarah kerana terciptanya lagu rasmi sekolah berkenaan. Upacara perasmian disempurnakan oleh YBhg. Datuk Haji Amri A. Suratman selaku Pengarah Jabatan.

Sekolah ini telah pun mengeluarkan pelajar seramai 6000 orang yang terdiri daripada anak-anak generasi sekitar Pedalaman Atas. Syukur Alhamdulillah.

Para mutakharij sekolah ini kebanyakannya telah berjaya dalam kerier masing-masing sebagai pegawai kerajaan, guru dan tentera. Malah kebanyakkanya juga bertebaran menabur bakti di seluruh negara.

Dan, untuk kesekian kalinya sekolah ini mengadakan majlis khatam al-quran sebagai tanda tamatnya pengajian bagi sijil ibtidaie. Terpulang kepada pelajar menyambung dimana pilihan masing-masing, yang penting dada telah dibekali dengan ilmu ad-deen al-hanif.

Mudah-mudahan sekolah ini terus menabur bakti. Mudah-mudahan juga para mutakharijin sekolah ini kelak akan bangun membantu sekolah ini juga. InysaAllah.

Advertisements