KEPUTUSAN CADANGAN RE-UNION ALUMNI SUIS/SMU TAMBUNAN 1972-2010


Setelah sejauh lapan bulan tinjauan pendapat ini dipaparkan, maka hari ini dengan rasminya keputusan diumumkan untuk tatapan sahabat sekalian.

Tinjauan pendapat ini diadakan untuk mendapatkan pandangan daripada semua mantan-mantan pelajar SUIS /SMU Tambunan yang pernah menimbah ilmu di bangunan tersebut sejak 1972-2010.

Keputusannya adalah seperti berikut:-

1. Sebanyak 40% atau seramai 21 orang mencadangkan diadakan pada tahun 2012.

2. Sebanyak 23% atau seramai 12 orang mencadangkan diadakan pada tahun 2013.

3. Sebanyak 17% atau seramai 9 orang mencadangkan dengan pelbagai cadangan.

4. Sebanyak 12% atau seramai 6 orang mencadangkan diadakan pada tahun 2015.

5. Sebanyak 8% atau seramai 4 orang mencadangkan diadakan pada tahun 2014.

Apapun, ini merupakan cadangan dan pandangan sebilangan kecil semata-mata dan tidak semestinya mencerminkan pandangan keseluruhannya.

Walau bagaimanapun, sudah ada usaha serius ke arah itu. Malah sudah ada beberapa pertemuan kecil-kecilan atau mini meeting di kalangan sahabat sealumni yang prihatin.

Doakan saja majlis ini berjaya, demi kebaikan para mutakharijjin sekolah yang penuh berjasa ini.

Advertisements

IBADAH QURBAN: INISIATIF BAHAGIAN DAKWAH JHEAINS DI SANJUNG


20 November 2010, hadir ke majlis Qurban anjuran Bahagian Dakwah JHEAINS dan Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat Kota Kinabalu.

Sebanyak 11 ekor lembu telah di qurbankan, dimana sebilangan besarnya disumbangkan oleh individu-individu yang dermawan di sekitar Kota Kinabalu.

Majlis seumpama ini merupakan acara tahunan Bahagian Dakwah JHEAINS sebagai salah satu wasilah memasyarakatkan jabatan ini di kalangan mereka yang kurang berkemampuan dan kurang bernasib baik.

Tahniah pada ketua bahagian ini, Hajah Zaloha Haji Ahmad serta pegawai-pegawai serta stafnya penuh dedikasi.

Pada majlis berkenaan, seramai 300 orang penerima daging qurban yang pada penglihatan saya terdiri daripada anak-anak yatim, keluarga miskin, saudara semuslim (mualaf) dan penduduk sekitar kampung petagas, kampung muhibbah dan beberapa kampung berhampiran.

Majlis penyerahan daging qurban pula disempurnakan oleh YBhg. Datuk Haji Amri A. Suratman Pengarah JHEAINS bersama Ustaz Mohd Sidik Haji Awang Adi Timbalan Pengarah JHEAINS.

Para petugas penyembelih terdiri daripada mereka yang berkepakaran dalam bidang masing-masing dan diketuai oleh Ustaz Haji Awaludin Nasiotiun dengan kerja keras ustazah Hajah Maria Hasibuan.

Pada kesempatan tersebut, dengan sedikit pengalaman yang ada..cuba membantu melapah dan mengasingkan daging daripada tulang.

Alhamdulillah, majlis tersebut berakhir pada jam 4 petang. Saya selanjutnya bertolak ke Keningau..esuknya ada majlis khatam al-Quran di SUIS Kampung Apin-Apin…-:)

 

SEMINAR DAN PERUBATAN ISLAM (siri 5 & 6)


Hadir ke Seminar dan Perubatan Islam untuk siri 5 & 6 yang diadakan di Dewan Mini GDW Kampung Kota Ayangan Keningau.

Sekalung tahniah buat penganjur program yang cukup berguna ini, iaitu PERKIPs Keningau, JHEAINS Keningau, Badan Masjid GDW Kampung Kota Ayangan, PLDK Keningau, Badan Belia GDW Kota Ayangan dan semua yang terlibat.

Setinggi penghargaan juga saya sampaikan kepada sahabat saya YM Ustaz Sharhan Syafie At-Tobibi serta rombongan yang telah meluangkan masa untuk hadir memberi ilmu berguna pada peserta seminar dan perubatan ini.

Seminar ini amat berguna untuk masyarakat muslim untuk mengetahui perkara-perkara ghaib yang ada di sekeliling manusia.

Justeru itu, semoga lanjutan seminar ini akan terus diadakan pada siri-siri yang akan datang. 

KREATIVITI DAN INOVASI DALAM DUNIA SEMASA: PENDEKATAN ISLAMI


9-10 November 2010, hadir sebagai peserta Seminar Kreativiti dan Inovasi dalam Dunia Semasa: Pendekatan Islami di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) Kuala Lumpur.

Sebanyak 12 kertas kerja telah dibentangkan selama dua hari tu. Perasmian disempurnakan oleh Ybhg. Datuk Nik Mustapha bin Haji Nik Hassan manakala penutupan disempurnakan oleh YAbhg. Tun Abdullah Badawi selaku pengerusi IKIM dan juga mantan perdana menteri Malaysia.

Sekitar 100 orang hadir dalam seminar yang pada saya cukup menarik ini. Terima kasih pada IKIM dengan penganjuran seminar seumpama ini.

Wakil bersama dari sabah antaranya Ustaz Janis Nawawi dan Encik Shuib Datuk Abbas.

Ucapan Ybhg. Datuk Nik Mustapha bin Haji Nik Hassan semasa merasmikan majlis berkenaan. Klik sini!