PELAJAR WANITA INI PATUT LEBIH MENGETAHUI


Seperti lazimnya, sebelum meneruskan perjalanan balik ke destinasi saya akan singgah di restoran ini untuk menjamu selera.

Sebelum membuat pesanan makanan, saya terlebih dahulu meninjau kerusi yang bakal di duduki.

Restoran ini mempunyai dua ruang, bermakna ada pilihan di mana yang sesuai dan suka anda duduki.

Saya memilih ruang sebelah kanan kerana masih banyak kerusi yang kosong di samping saya mampu melihat kenderaan saya dengan jelas di ruang pakirnya.

Sementara menunggu makanan tiba, di hadapan tepi dinding saya terpandang tiga orang wanita muda sedang makan sambil merokok.

Seingat saya, ini kali ketiga saya melihat gelagat sama namun orang berlainan berlaku di restoran ini.

Saya yakin wanita muda ini adalah antara pelajar kolej kejururawatan yang terdapat di bandaraya ini. Keyakinan saya berasas kerana rakan-rakan mereka ada di sekeliling mereka.

Dan selepas makan mereka akan kembali ke asrama mereka yang terletak tidak jauh dari restoran ini.

Sebagai pelajar kolej yang berasaskan kejururawatan dan perubatan, saya yakin mereka lebih tahu dan faham mengenai BAHAYA MEROKOK TERUTAMA WANITA.

Sayang sekali usia semuda itu, rokok sudah menjadi rutin. Wanita muda pula tu! Orang kita bumiputera, berdasarkan pertuturannya.

Yang menjelekkan, ketika itu kebanyakan pelanggan adalah kaum lelaki.  Bayangkan kaum lelaki tiada yang merokok hanya mereka bertiga.

Ada orang kata, perempuan merokok tujuannya untuk menjadikan tubuhnya sentiasa langsing!

Siapa boleh bagi komen!

2 comments on “PELAJAR WANITA INI PATUT LEBIH MENGETAHUI

  1. Berdasar kepada latar belakang mereka sebagai pelajar kolej yg berkaitan dgn kesihatan, sewajarnya mereka mempertontonkan kepada masyarakat sekeliling suatu contoh yg baik soal penjagaan kesihatan.Soal sikap mereka juga tidak menampakkan budaya sopan yg sepatutnya ada pada wanita.Mereka patut terpikir, kalau kaum lelaki yg berada disitu tak merokok,mereka sekurang2nya menyembunyikan sikap buat sementara.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s