ARAK PUNYA HAL, ORANG LAIN TERIMA AKIBAT


 

(Gambar sebenar kejadian tidak sempat diambil)

Sekitar jam 9.00 malam semalam, saya dalam perjalanan balik dari Bandar Keningau selepas membeli pembalut buku teks Loqman al-Hakim di Pasaraya Milimewa.

Setibanya di persimpangan Masjid Daerah Keningau, Masjid Al-Taqwa tiba-tiba sebuah kereta pacuan empat roda jenis Toyota Hilux merempuh kuat hadapan kereta yang sedang saya pandu.

Sebenarnya sekitar 100 meter di hadapan, saya telah pun mendapati kenderaan berkenaan telah memotong laju beberapa kenderaan di hadapannya. 

Kenderaan tersebut terus meluru laju tanpa menukar laluannya ke sebelah kanan. Tambahan pula lampu diangkat menyebabkan saya silau penglihatan.

Saya mengambil tindakan dengan memberikan isyarat lampu tinggi dan rendah mengharapkan pemandu tersedar dari kelalaiannya.

Usaha berkenaan tidak berhasil sekalipun dengan membunyikan hon.

Sehinggalah saya memberhentikan kenderaan dengan menarik brek tangan dan menekan brek kaki. Niat saya, andai berlaku sesuatu sekurang-kurang saya selamatkan beberapa kenderaan yang berada di belakang saya. Di belakang saya adalah kereta kancil!

Tanpa semana-mana kereta itu merempuh kuat  hadapan kereta saya.

Sempat juga sebelum dirempuh saya mengucapkan takbir sebagai tanda tawakal pada Allah SWT.

Kelihatan kereta di hadapan selepas merempuh lalu terundur ke belakang dengan bahagian hadapan yang remuk, berasap dan radiotar pecah.

Saya bernasib baik kerana memaut rapat stering meskipun terasa sedikit hentakan bahagaian dada dan kepala.

Saya keluar dengan bersama beberapa orang dari kereta lain dan meluru ke bahagian pemandu untuk memintanya keluar dengan segera.

Hampir 2 minit barulah pemandu keluar selamba dengan kata-kata, “ siow (maaf) saya mabuk”!

Orang ramai yang melihat kejadian itu nampak menuding kesalahan kepada pemandu tersebut.

Ketika keluar daripada keretanya, terdapat beberapa tin minuman CARLSBERG! Membuktikan lagi dia mabuk. Ketika di soal siasat oleh polis trafik sekali lagi dia mengakui minum terlalu banyak!

Sekurang-kurangnya, saya telah menjadi benteng kepada kereta kancil yang berada di belakang saya. !

6 comments on “ARAK PUNYA HAL, ORANG LAIN TERIMA AKIBAT

  1. Seperti yg kita semua tahu bahawa ‘ARAK’ ada lah punca kepada banyak kejadian buruk berlaku.Apa yg terjadi kpd Ustaz benar benar menjadi iktibar kpd semua yg melihat kejadian ituterutama sekali pemilik kancil yg berada di belakang Ustaz.Si pemabuk sepatutnya kena tindakan setimpal dgn kesalahannya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s