KAMPUNG PATAU KINI MEMPUNYAI SURAU BARU


Gambar: Ihsan daripada http://www.jjamarchon.blogspot.com/

Alhamdulillah setelah sekian lama berusaha dan berharap kini masyarakat Islam Kampung Patau menarik nafas lega dengan siapnya Surau yang baru.

Surau ini telah siap sepenuhnya sekitar bulan Disember 2010 tahun lepas.

Sekalipun surau ini dibina di kampung ini namun amat strategik kerana kampung ini terletak ditepi jalan raya dan seterusnya menjadi persinggahan umat Islam yang datang berulang alik dari Tanau ke Tambunan.

Ianya juga bakal jadi singgahan para musafir yang  datang dari pelbagai ceruk kampung dan daerah.

Semoga surau ini menjadi pusat pengembangan ilmu, pusat pemantapan ukhuwah serta aktiviti yang boleh membawa kegemilangan umat setempat.

Sementelahan itu, amat signifikan kiranya di usahakan lagi bilik syura, maktabah, idarah serta dewan untuk memantapkan lagi peranan surau berkenaan.

5 comments on “KAMPUNG PATAU KINI MEMPUNYAI SURAU BARU

  1. alhamdulillah syukurlah kalau ada sudah surau baru di kg patau…terharu sya bila baca ptikan ini,dulu swaktu sekolah di skpatau..blum ada lgi surau di sana…insyallah ada masa ke sana jga ni

  2. terharu gan surau2 yang terbiar di kampung2 sekitar Tambunan…..ada surau tak di gunakan sepenuhnya…..berabok dan tempat tidur kambving dan anjing””

  3. Bukan di Tambunan saja yg terbiar tapi surau2 di tempat lain juga. Penduduk islamnya ramai tapi jemaahnya sikit. Sudahlah jemaah sikit, tandas pula kotor. Kota marudu, keningau, malah di daerah besar pun masih kotor. Kalau di Tambunan saya tak hairan kerana islamnya hanya 10-15% drp jumlah penduduknya. Tapi yg bertaraf masjid kadang2 lebih teruk. Kenapa ya Jabatan berdiam diri tak mau check?

  4. Syukur alhamdulillah , dengan izin allah akhirnya dapat juga surau baru meskipun lama menunggu , InsyaAllah kami akan jaga surau ini dengan nyawa kami , kami akan perindahkan dan makmurkan surau ini semampu mungkin ,

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s