MULAI MESRA DENGAN TUANNYA..:)


 

Sekembali dari Kampung Ragkam Tambunan, teringat untuk melawat kebun pisang yang tak seberapa ini.

Sejak 4 bulan lagi, pisang yang ditanam kini telah mengeluarkan daun hijau yang mesra dengan tuannya. Dulu, beginilah keadaannya klik .

Hujung minggu, kiranya tiada urusan mahupun komitmen di sinilah tempat bertemu dan bersembang dengan kawan-kawan.

Lokasinya indah dengan sawah padi terbentang luas dan juga kehadiran sungai yang mengalir tenang.

Sesekali bertukar-tukar pendapat dengan sahabat di kala hunjung minggu di bawah rimbunan dedaun mangga manila..:)

JEJAK SAUDARA KITA


Bersama sahabat, Ustaz Azmi Haji Sidik dan Ustaz Akob Baba ke Kampung Ragkam Tambunan.

Jarak kampung ini dengan Pekan Tambunan adalah sekitar 15KM dengan melintasi Kampung Tondulu.

Kehadiran kali ini adalah untuk menziarahi saudara baru di kampung berkenaan, saudara Brinjit atau nama Islamnya Mohd Yassin bin Abdullah.

Beliau mempunyai 7 orang anak hasil perkongsian hidupnya bersama isteri tersayang yang berasal dari Kota Belud.

Demikiannya dalam perkampungan itu, setakat ini hanya keluarga beliau yang telah menerima Islam sebagai agama anutan.

Beliau yang kami temui mengucapkan penghargaan kerana di ziarahi saudara semuslim mereka sekaligus mengeratkan lagi silaturrahim.

Disebabkan masa yang suntuk, beberapa kiriman kawan-kawan sebagai tanda ingatan hanya sempat kami serahkan di luar rumah beliau. Namun, beliau amat berbesar hati menjemput ke rumahnya di waktu lain.

InsyaALLAH, dengan sahabat serta jemaah berikutnya akan menyusul selepas ini.

** Pada pandangan saya saudara kita ini perlukan bantuan, sebarang bantuan amat dialu2kan.

KENYATAAN YANG AMAT MENGELIRUKAN


Saya terbaca sebuah kenyataan Timbalan Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) yang disiarkan dalam Harian Express bertarikh 19 Februari 2011 yang antara lain mempersoalkan tindakan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah menguatkuasakan undang-undang mengharamkan umat Islam merayakan Hari Kekasih.

Pada saya, sebagai seorang penganut agama Islam beliau sepatutnya menyokong tindakan JHEAINS dalam menguatkuasakan undang-undang seumpama ini.

Ataupun, kalaupun jahil dalam bidang berkenaan sewajarnya beliau berdiam diri dan harusnya bertanya kepada yang berkenaan (maka tampak kebijaksanaan) kerana berkata tanpa pengetahuan akan menampakkan kebodohan dan kejahilan yang nyata.

Soal penguatkuasaan undang-undang ini adalah untuk kebaikan umat Islam. Penguatkuasaan ini tidak tertakluk kepada mereka yang bukan beragama Islam. Jadi, apalah sangat yang beliau takuti?

Pada saya, Tuan Haji Amde selaku  Timbalan Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) wajar berhati-hati mengeluarkan kenyataan yang beliau sendiri belum pasti apa kesannya.

Janganlah kerana hanya mahu mencari sedikit kredit dunia  akhirnya akhirat beroleh debit.

**Berpesan-pesan pada kebenaran dan kesabaran.

SALAM MAULIDUR RASUL 1432H/2011




Tertarik dengan ceramah ringkas yang disampaikan oleh Prof Madya Dr. Fauzi Deraman ketika Perhimpunan Maulidur Rasul di Wisma MUIS tadi, kata beliau perarakan ini bagus! perhimpunan ini cukup bagus kerana ianya sudah menjadi rutin.

Namun jangan berhenti setakat di sini! Jadikan ia sebagai permulaan. Maka adakan program-program semasa yang berkesan demi mengisi Sambutan Maulidur Rasul kelak.