KENYATAAN YANG AMAT MENGELIRUKAN


Saya terbaca sebuah kenyataan Timbalan Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) yang disiarkan dalam Harian Express bertarikh 19 Februari 2011 yang antara lain mempersoalkan tindakan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah menguatkuasakan undang-undang mengharamkan umat Islam merayakan Hari Kekasih.

Pada saya, sebagai seorang penganut agama Islam beliau sepatutnya menyokong tindakan JHEAINS dalam menguatkuasakan undang-undang seumpama ini.

Ataupun, kalaupun jahil dalam bidang berkenaan sewajarnya beliau berdiam diri dan harusnya bertanya kepada yang berkenaan (maka tampak kebijaksanaan) kerana berkata tanpa pengetahuan akan menampakkan kebodohan dan kejahilan yang nyata.

Soal penguatkuasaan undang-undang ini adalah untuk kebaikan umat Islam. Penguatkuasaan ini tidak tertakluk kepada mereka yang bukan beragama Islam. Jadi, apalah sangat yang beliau takuti?

Pada saya, Tuan Haji Amde selaku  Timbalan Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) wajar berhati-hati mengeluarkan kenyataan yang beliau sendiri belum pasti apa kesannya.

Janganlah kerana hanya mahu mencari sedikit kredit dunia  akhirnya akhirat beroleh debit.

**Berpesan-pesan pada kebenaran dan kesabaran.

2 comments on “KENYATAAN YANG AMAT MENGELIRUKAN

  1. Betapa kasihannya kepada pelaku maksiat dan perbuatan mereka yang sengaja menjahilkan fikiran mereka. Mereka meletakkan Allah SWT sebagaimana agama lain. Allah SWT hanya bersifat Maha Pengampun dan Maha Penyayang keatas dosa yang mereka sengaja lakukan. Dimanakah lain-lain Sifat Allah SWT Yang Maha Azab dan Maha Keras keatas pelaku maksiat ? Dimanakah Sifat Allah SWT Yang Maha Adil? Sesungguhnya syaitan yang nyata musuh kepada orang Mukmin Dan Mukminah amatlah bijak mengawal akal fikiran manusia. Ya Allah berilah kepada kami kekuatan untuk mengelak daripada terlibat dengan program-program syaitan yang berleluasa. Amin Ya Rabbal Alamin.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s