Sabtu, singgah menunaikan solat di Masjid Al-Zilal GDW Kg. Bayangan yang tersergam indah di tepian jalan raya Keningau menuju Tambunan.
Meskipun telah siap guna beberapa bulan lalu, namun ini kali pertama menunaikan solat di dalamnya.
Alhamdulillah, persekitaran yang cukup bersih dan mendamaikan.
Kini masjid tersebut rancak dengan pengisian harian dimana setiap hari ada saja pengisian berbentuk tazkirah, ceramah dan kuliah maghrib. Kelihatan jadual kuliah maghrib diedarkan tatkala memasuki ruang solah.
Semoga masjid ini akan terus makmur dengan pengimarahan berbentuk ibadah,keilmuan dan aktiviti sosial demi pembangunan ummah setempat.
Pernah dinyatakan, masjid ini merupakan lambang kepada wajah kampung bayangan masa kini.
Masjid inilah yang telah menaikkan komposisi kampung bayangan antara kampung yang cukup berdaya maju di negeri ini malah di negara ini.
Tahniah warga Gerakan Daya Wawasan Kampung Bayangan.