TIADA ALASAN UNTUK TINGGALKAN SOLAT!


Tadi, seusai solat asar saya terus bertolak dari Keningau ke Kota Kinabalu.

Sudah menjadi kelaziman, rumah dan keluarga berada di sini namun kerja perlu dilaksanakan di Kota Kinabalu. Jaraknya hampir 160KM sekiranya melalui jalan Tambunan. Dan lebih 100KM sekiranya melalui jalan Kimanis.

Saya bercerita mengenai perjalanan (bermusafir) dari Keningau ke Kota Kinabalu. (Kecualilah yang berkeuzuran syarie)

Entri hari ini saya nukilkan bahawa sesiapa pun tidak mampu memberi alasan untuk meninggalkan solat lima waktu sekiranya melalui jalan ini. KENINGAU-TAMBUNAN-KOTA KINABALU atau sebaliknya.

Andaikata lupa menunaikan solat di Keningau, sesampai di Tambunan tunaikanlah. Berat badan untuk menunaikannya di Masjid Daerah Tambunan, kan ada surau Petronas Tambunan!. Tak sempat? singgahlah di surau Rumah Anak Yatim Tambunan.

Tak sempat lagi, maka singgahlah di Surau Gunung Emas! di situ ada panorama menarik ,, sesudah solat bolehlah berbelanja di Restoran Puncak Damai kepunyaan Tuan Haji Masmin Kadad.

Nah, Kalau pun masih punya waktu sebelum sampai ke rumah solatlah di Surau PETRONAS Pekan Donggongon.

Sebab itu saya katakan tiada alasan untuk mana-mana muslim/mah yang bermusafiran meninggalkan solat.

Selamat bermusafir.