TIADA ALASAN UNTUK TINGGALKAN SOLAT!


Tadi, seusai solat asar saya terus bertolak dari Keningau ke Kota Kinabalu.

Sudah menjadi kelaziman, rumah dan keluarga berada di sini namun kerja perlu dilaksanakan di Kota Kinabalu. Jaraknya hampir 160KM sekiranya melalui jalan Tambunan. Dan lebih 100KM sekiranya melalui jalan Kimanis.

Saya bercerita mengenai perjalanan (bermusafir) dari Keningau ke Kota Kinabalu. (Kecualilah yang berkeuzuran syarie)

Entri hari ini saya nukilkan bahawa sesiapa pun tidak mampu memberi alasan untuk meninggalkan solat lima waktu sekiranya melalui jalan ini. KENINGAU-TAMBUNAN-KOTA KINABALU atau sebaliknya.

Andaikata lupa menunaikan solat di Keningau, sesampai di Tambunan tunaikanlah. Berat badan untuk menunaikannya di Masjid Daerah Tambunan, kan ada surau Petronas Tambunan!. Tak sempat? singgahlah di surau Rumah Anak Yatim Tambunan.

Tak sempat lagi, maka singgahlah di Surau Gunung Emas! di situ ada panorama menarik ,, sesudah solat bolehlah berbelanja di Restoran Puncak Damai kepunyaan Tuan Haji Masmin Kadad.

Nah, Kalau pun masih punya waktu sebelum sampai ke rumah solatlah di Surau PETRONAS Pekan Donggongon.

Sebab itu saya katakan tiada alasan untuk mana-mana muslim/mah yang bermusafiran meninggalkan solat.

Selamat bermusafir.

4 comments on “TIADA ALASAN UNTUK TINGGALKAN SOLAT!

  1. memang benar dan betul kawan-kawan. kita mempuyai 5 (lima) lokasi solat untuk dibuat pilihan. saya juga selalu kekadang menggunakan jalan ini selain jalan Kimanis. Kita boleh merancang untuk solat dimana surau/masjid pilihan kita dan gunakan kemudahan yang telah diberikan oleh Allah swt iaitu solat Qasar dan Jamak kerana perjalanan ini melebihi dua marhala. Weldone Ustaz kerana sentiasa memaparkan post yg amat berguna sekali. teruskan dengan usaha ini.

  2. betul-betul…jangan alang-alang menunaikan solat….sebab solatlah yang menjadi tali penghubung antara hamba dengan tuhannya….kalau ada masalah…sakitkah…susahkah…senangkah…gembirakah…miskinkah…kayakah….apa saja..tempat kinorohinganlah tempat sebaik-baik tempat berhadap meluahkan segala perkara…selagi hidup selagi itulah kesempatan buat amal…kesempatan untuk mendapat keredaannya….kalau sudah mati maka buat apa lagi penyesalan maka tiada berguna….jangan menyesal kalau sudah menangis kerana meminta peluang kali ke-2…sekali hidup biarlah betul-betul bererti…tq om konsikou

  3. I’m now not certain where you are getting your information, but good topic. I needs to spend some time studying much more or understanding more. Thank you for great information I used to be looking for this information for my mission.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s