MADRASAH ALKAUTHAR TEKAD LAHIRKAN GENERASI TRAMPIL


Singgah sebentar di kediaman Ustaz Haji Hadiq Ismail untuk menyerahkan buku-buku teks kegunaan Maahad Al-Kauthar, Pekan Tambunan.

Penubuhan maahad ini merupakan idea Ustaz Haji Hadiq yang juga merupakan mantan guru agama di Sekolah Ugama Islam Pekan Tambunan bermula tahun 70’an hingga 90’an.

Kini meskipun beliau masih menabur bakti di Sekolah Ugama Islam Rumah Anak Yatim Tambunan, beliau juga menubuhkan Maahad Al-Kauthar.

Setakat ini, maahad ini menerima hampir 20 pelajar yang terdiri daripada kanak-kanak berumur sekitar 7-8 tahun dengan sesi pengajiannya pada sebelah petang.

Apa yang mengkagumkan, pembelajaran maahad ini amat menitikberatkan ketrampilan pelajarnya.

Saya sendiri melihat secara spontan pelajarnya tanpa malu dan segan boleh berpidato bukan sahaja dalam bahasa melayu malah dalam bahasa cina, bahasa arab dan bahasa dusun.

Selain itu pelajar juga didedahkan dengan suasana kehidupan yang mencabar dengan membawa pelajar ini beraktiviti di luar di samping mendampingi masyarakat setempat.

Sahabat yang berkelebihan, masih ada ruang untuk memberi bantuan dan sumbangan kepada maahad ini untuk terus di kagumi. Hulurkan apa saja sekalipun dengan buku-buku bacaan, kunjungan serta bantuan material.