MADRASAH ALKAUTHAR TEKAD LAHIRKAN GENERASI TRAMPIL


Singgah sebentar di kediaman Ustaz Haji Hadiq Ismail untuk menyerahkan buku-buku teks kegunaan Maahad Al-Kauthar, Pekan Tambunan.

Penubuhan maahad ini merupakan idea Ustaz Haji Hadiq yang juga merupakan mantan guru agama di Sekolah Ugama Islam Pekan Tambunan bermula tahun 70’an hingga 90’an.

Kini meskipun beliau masih menabur bakti di Sekolah Ugama Islam Rumah Anak Yatim Tambunan, beliau juga menubuhkan Maahad Al-Kauthar.

Setakat ini, maahad ini menerima hampir 20 pelajar yang terdiri daripada kanak-kanak berumur sekitar 7-8 tahun dengan sesi pengajiannya pada sebelah petang.

Apa yang mengkagumkan, pembelajaran maahad ini amat menitikberatkan ketrampilan pelajarnya.

Saya sendiri melihat secara spontan pelajarnya tanpa malu dan segan boleh berpidato bukan sahaja dalam bahasa melayu malah dalam bahasa cina, bahasa arab dan bahasa dusun.

Selain itu pelajar juga didedahkan dengan suasana kehidupan yang mencabar dengan membawa pelajar ini beraktiviti di luar di samping mendampingi masyarakat setempat.

Sahabat yang berkelebihan, masih ada ruang untuk memberi bantuan dan sumbangan kepada maahad ini untuk terus di kagumi. Hulurkan apa saja sekalipun dengan buku-buku bacaan, kunjungan serta bantuan material.

Advertisements

5 comments on “MADRASAH ALKAUTHAR TEKAD LAHIRKAN GENERASI TRAMPIL

  1. Jika anda melawat ke sana, anda boleh meminta pelajarnya untuk memperdengarkan pidato mereka dalam Bahasa Inggeri dan Arab secara spontan. Anda juga boleh minta mereka memperdengarkan kata-kata hikmah dalam bahasa Arab dan terjemahannya sekali. Ia sesungguhnya mengujakan!

    Sama-sama kita beri sokongan atas kelahiran Maahad ini. Semoga ia melahirkan ramai ulama dan pemimpin ulung di negara ini. Inshaa Allah!

  2. salam, apa yang saya boleh sumbang untuk Madrasah ini? Insyah-Allah saya baru tahu kewujudannya, namun belum berkesmpatan berkunjung ke sana..

    • W.salam..kak hani, boleh berhubung dengan ustz hadiq untuk mendapatkan penjelasan bantuan. Memang sekolah ini masihbanyak yg perlu di bantu.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s