BUKU MENARIK UNTUK DIBACA


Setiap kali ke Kuala Lumpur sama ada untuk menghadiri kursus, bengkel atau mesyuarat, seolah-olah tidak lengkap sekiranya tidak berkunjung ke Pustaka Mukmin yang terletak  berhadapan dengan bangunan SOGO.

Saya suka berkunjung ke kedai buku ini sebab sentiasa kemaskini dengan buku-buku yang terkini.

Kali ini, antara buku yang menarik untuk dibaca adalah;-

Tajuk buku: Kitab At-Tauhid

Sinopsis: Buku ini banyak membicarakan mengenai tauhid sebagaimana yang terkandung di dalam Kitab Al-Quran.

Menariknya, tanda-tanda kebenaran ketauhidan ini dikaitkan dengan fakta sains moden. Amat menarik dan mengkagumkan.

Penyusun: Abdul Majid Aziz Az-Zindani

Penerbit: Pustaka Salam

 Tajuk buku: Kisah-kisah Inspirasi Para Mualaf Dunia

Sinopsis: Buku ini membicarakan mengenai pengelaman, proses dan peristiwa dahsyat yang membawa para pencari kebenaran kepada hidayah Allah swt. Antaranya kalangan pemuzik, penyair, artis, model, jurufoto, professor, ahli agama dan sebagainya.

Buku ini banyak membicarakan mengenai proses pemilihan tauhid mereka.

Penyusun: Nisrina Lubis

Penerbit: Al-Hidayah House Of Publishers Sdn Bhd

Tajuk buku: Ajaibnya Sedekah, Semakin Bersedekah Semakin Kaya

Sinopsis: Buku ini menghuraikan mengenai keajaiban , kelebihan, misteri dan rahsia keagungan ibadah sedekah yang diberikan oleh Allah kepada muslim yangs anggup bersedekah.

Buku ini juga membicarakan mengenai keajaiban sedekah khususnya dalam mengingkatkan kekayaan dan kebahagiaan. Ia juga memberikan penjelasan mengenai hubung kait antara sedekah dan rezeki dalam satu rumus matematik sedekah. Ia juga menjelaskan mengenai kelebihan sedekah dalam menghindari penyakit dan memanjangkan usia.

Penysusun: Muhammad Muhyidin

Penerbit: PTS Milenia 2011

Tajuk buku:  Rahsia Simbol Yahudi, Membongkar rahsia simbol Freemason, Illuminati, Peace, Walt Disney, Nazi, Dollar dsb…

Sinopsis: Antara perkara-perkara yang didedahkan di dalam buku bertemakan Teori Konspirasi ini ialah:-

  • Rahsia simbol Yahudi pada watak utama filem Harry Potter
  • Rahsia tali merah pada tangan Michael Jackson dan penasihatnya yang berbangsa Yahudi.
  • Kebenaran pendedahan berkaitan organisasi Yahudi di Malaysia.
  • Rahsia peristiwa 11 September 2001 di Amerika yang dirancang dalam wang kertas dollar Amerika.

Penyusun: Ibnuyaacob

Penerbit: MoonMedia Enterprise

Advertisements
By pustakaalghazali Posted in Buku

BUKU MENGENAI AQIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH


Ramai pembaca blog ini berminat untuk mendapatkan buku bertajuk AQIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH hasil susunan YM Tuan Haji Said Ibrahim, mantan Mufti Kerajaan Negeri Sabah.

Saya pernah masukkan entri mengenai buku ini pada keluaran lepas klik sini!

Memandangkan buku yang banyak menghuraikan persoalan penting sekitar pemahaman aqidah ahli sunnah wal jamaah ini jarang malah hampir tidak ditemui di mana-mana kedai buku di Negeri Sabah, maka sukacita saya perkenalkan pada para pembaca sekalin beberapa buah kedai  yang boleh di kunjungi untuk mendapatkan buku di atas.

1. Pustaka Darul Numan, 15 A, Tingkat 1, Wisma Yakin, Jalan Masjid India, 50100 Kuala Lumpur. Tel: 03-26988495, 03-26933880 Fax: 03-26914489 atau layari laman web: www.darulnuman.com

2. Pustaka Rezeki Harapan,  12, Tingkat Bawah, Wisma Yakin, Jalan Masjid India, 50100 Kuala Lumpur, Tel/Fax: 03-26923940

3. Penerbit Penamas Sdn Bhd, 6A, Tingkat Satu, Wisma Yakin, Jalan Masjid India, 50100 Kuala Lumpur Tel: 03-26932328 fax: 03-26981246

Pada pandangan saya, buku ini amat sesuai dijadikan teks asas aqidah untuk kelas-kelas takmir di mana-mana masjid.

Saya cukup optimis buku ini amat membantu sekiranya ia digunakan para imam rawatib, imam qariah, imam daerah, pembantu dakwah dan pembantu rendah dakwah dalam menyampaikan ilmu tauhid kepada para audian.

MIHAS 2011 DI KUALA LUMPUR


Alhamdulillah, sempat juga menghadiri  The 8TH international Halal showcase (MIHAS 2011) yang telah diadakan di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) Kuala Lumpur pada 6-9 April 2011.

Pameran MIHAS 2011 kali ini disertai sebanyak  333 buah syarikat telah mempamerkan pelbagai produk yang di keluarkan oleh syarikat masing-masing.

Umpamanya, Negara Arab kebanyakkanya mempamerkan produk yang berasaskan buah kurma, zaitun dan sebagainya.

Antara negara Arab yang menyertai pameran ini adalah Mesir, Palastine dan  Arab Saudi. Selain itu Negara Iran turut menyertai sebagai satu-satunya negara parsi.

Saya dapati, Negara Malaysia juga tidak kurang hebatnya dalam usaha mempamerkan produk-produk tempatan.

Dalam sekian banyak penyertaan, saya dapati ada 2 buah booth milik usahawan IKS dari negeri Sabah. Tahniah.

Usahawan IKS dari negeri Sabah antara lain mengetengahkan produk makanan iaitu kuih cincin yang telah menjadi kegemaran dalam dan luar negara Malaysia.

Sepanjang pameran itu,  perhatian saya lebih terarah pada pelbagai mesin yang dipamerkan. Antara mesin yang dipamerkan adalah mesin memproses, mengetin, lebeling dan sebagainya.

Mungkin juga kerana sehingga kini saya masih menyimpan angan-angan (mudah2an menjadi cita-cita) menjadi seorang usahawan dari dulu lagi.

Kunjungan kali ini adalah bersama-sama dengan Tuan Haji Sotimin Sarun yang kebetulan hadir ke Konvensyen Halal Antarabangsa di PICC Putrajaya.

By pustakaalghazali Posted in Lawatan