MIHAS 2011 DI KUALA LUMPUR


Alhamdulillah, sempat juga menghadiri  The 8TH international Halal showcase (MIHAS 2011) yang telah diadakan di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) Kuala Lumpur pada 6-9 April 2011.

Pameran MIHAS 2011 kali ini disertai sebanyak  333 buah syarikat telah mempamerkan pelbagai produk yang di keluarkan oleh syarikat masing-masing.

Umpamanya, Negara Arab kebanyakkanya mempamerkan produk yang berasaskan buah kurma, zaitun dan sebagainya.

Antara negara Arab yang menyertai pameran ini adalah Mesir, Palastine dan  Arab Saudi. Selain itu Negara Iran turut menyertai sebagai satu-satunya negara parsi.

Saya dapati, Negara Malaysia juga tidak kurang hebatnya dalam usaha mempamerkan produk-produk tempatan.

Dalam sekian banyak penyertaan, saya dapati ada 2 buah booth milik usahawan IKS dari negeri Sabah. Tahniah.

Usahawan IKS dari negeri Sabah antara lain mengetengahkan produk makanan iaitu kuih cincin yang telah menjadi kegemaran dalam dan luar negara Malaysia.

Sepanjang pameran itu,  perhatian saya lebih terarah pada pelbagai mesin yang dipamerkan. Antara mesin yang dipamerkan adalah mesin memproses, mengetin, lebeling dan sebagainya.

Mungkin juga kerana sehingga kini saya masih menyimpan angan-angan (mudah2an menjadi cita-cita) menjadi seorang usahawan dari dulu lagi.

Kunjungan kali ini adalah bersama-sama dengan Tuan Haji Sotimin Sarun yang kebetulan hadir ke Konvensyen Halal Antarabangsa di PICC Putrajaya.

By pustakaalghazali Posted in Lawatan

One comment on “MIHAS 2011 DI KUALA LUMPUR

  1. NEGERI SABAH ADA DUA PENYERTAAN SAHAJA TETAPI SETIAP NEGERI ADA LEBIH PENYERTAAN CONTOHNYA NEGERI SEMBILAN DAN JOHOR ADA EMPAT PENYERTAAN. NILAI JUALAN DAN TEMPAHAN HAJAH AMINAH FOOD DAN INDUSTRIES (N.S) PADA PENUTUP MIHAS 2011 SAHAJA TELAH MENDAPAT SAHAJA MENDAPAT RM 32,000.00. TU BELUM LAGI YANG DALAM BENTUK KONTENA (DALAM PERBINCANGAN DENGAN HYPERMARKET YG KE 2 TERBESAR DI FILIPINA)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s