ELAKKAN DARIPADA BERLAKU PERCAMPURAN LELAKI DAN PEREMPUAN


Sudah lama rasanya tidak mengupdate blog ini. Banyak isu namun terhadang dengan tugasan lain.

Apapun, dikesempatan ini saya ingin berkongsi dengan sahabat pembaca sekalian mengenai percampuran bebas di kalangan adik-adik kita yang sedang menuntut sama ada di IPTA, IPTS atau pun di mana-mana.

Pada pemerhatian saya, pihak yang mengurus pelajar-pelajar IPTA dan IPTS perlu mengambil perhatian berat mengenai percampuran lelaki dan perempuan ketika mengendalikan penempatan terutama di asrama mahu pun rumah sewa.

Perlu bagi pihak berkenaan mengambil inisiatif sebaiknya untuk mengasingkan penempatan lelaki dan perempuan.

Tujuannya hanya satu, menjaga kehormatan anak-anak gadis agar tidak terdedah dengan gejala yang tidak sihat.

Saya percaya walaupun ada saja gejala sosial wujud meskipun berlakunya pemisahan ini, namun percayalah sekurang-kurangnya salah satu daya dan usaha ke arah mengurangkan gejala ini telah pun kita lakukan.

Ibu bapa yang berada nun jauh di desa tidak mengetahui apa yang berlaku dengan adik-adik kita yang berada di kota untuk menuntut ilmu.

Sekian untuk diambil iktibar semua.

2 comments on “ELAKKAN DARIPADA BERLAKU PERCAMPURAN LELAKI DAN PEREMPUAN

  1. salam saudara yg mulia,
    alhamdulillah, syukran atas ingatan yg bermanfaat ini. moga semua IPTA & IPTS mengambil inisiatif baru bagi membendung gejala tidak bermoral dari menular sewenang2nya di kalangan warga kampus, Insya Allah 🙂

  2. Salam tuan.
    Peringatan ini penting untuk semua dan termasuk diri saya sendiri, sebab itulah pentingnya perkahwinan, insyaAllah pasti ada jalannya

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s