KEM HIJRAH REMAJA ISLAM TAMBUNAN { HIJRI 2011}


Saya cukup bangga dengan usaha sahabat perjuangan, Ustazah Norjannah Rusinin yang banyak mengepalai program-program pengisian untuk remaja muslim dan muslimah sekitar daerah Tambunan.

Sekalung tahniah juga kepada pegawai dan staf dibawah seliaan beliau  yang banyak membantu menjayakan aktiviti.

Tengahari tadi, telah berakhirnya Program Kem Hijrah Remaja Islam Tambunan atau Hijri 2011 setelah berlangsung selama 3 hari 2 malam dimana telah berpusat di Masjid Nurul Iman Daerah Tambunan.

Beliau telah mengepalai program tahunan ini dengan dibantu oleh sahabat-sahabat dari pelbagai pihak yang prihatin antaranya di kalangan guru-guru SMK Tambunan, SMK Nambayan, SMK Gerakan Daya Wawasan Garas, SMK Sook, Pensyarah Maktab Perguruan Keningau dan beberapa graduan daripada Madinan Universiti dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Hampir 70 orang peserta menyertai program yang sarat dengan pengisian penting untuk membentuk peribadi dan moral tahap tinggi di kalangan peserta. Kali ini remaja di 3 buah sekolah iaitu SMK Daya Wawasan Garas, SMK Tambunan dan SMK Nambayan mengambil bahagian dalam program ini.

Sekalung tahniah juga kepada Ustaz Idris, Ustaz Hata, Ustaz Rizan dan beberapa sahabat lain yang bertungkus lumus menjayakan program ini.

Ketika sesi pemurnian, rata-rata peserta mahukan program seumpama ini diteruskan bukan sahaja berbentuk tahunan malah setiap kali cuti sekolah. Mereka berpendapat daripada membuang masa pada tempat tidak berfaedah lebih baik di isi dengan program berbentuk kerohanian.

Antara aktiviti baru yang saya kira menarik adalah bilamana peserta remaja2  ini dengan semangatnya mengedarkan risalah-risalah jemputan kepada masyarakat muslim sekitar pekan tambunan untuk hadir mendengar ceramah yang disampaikan oleh YM Sdr Ayob Abdullah daripada Sarawak.

Di akhir sesi, kita berharap program ini mendapat peruntukan yang lebih besar untuk pengisian yang lebih mantap. 

KURSUS PENYUNTINGAN VIDEO NON LINEAR DIGITAL


Untuk kesekian kalinya, hadir ke Kuala Lumpur Hotel Brisdale, untuk menimba ilmu  kursus penyuntingan video yang diadakan pada 28 hingga 30 Julai 2011.

Kursus selama 3 hari telah memberi peluang kepada peserta mempelajari teknik penggambaran untuk penyuntingan dan teknik Penyuntingan video non linear.

Pak Maill Pengajar yang berpengalaman 30 tahun telah mengendalikan kursus ini secara tiori dan praktikal.