SALAM AIDIL FITRI 1432H – MAAF ZAHIR BATIN KU PINTA DARI SAHABAT SEMUA


Di Hari Lebaran 1432H ini, saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Menyambut Aidil Fitri buat sahabat Facebook dan Blog Abu Al-Ghazali.

Justeru itu, saya dengan rendah diri, ikhlas dan penuh keinsafan  memohon maaf kalau sekiranya ada di antara sahabat yang terguris jiwa dan perasaannya lantaran kesilapan dan kesalahan yang berlaku sama ada sengaja ataupun tidak disengajakan.

” S  A  L  A  M   A  I  D  I  L   F  I  T  R  I   1  4  3  2  H “

KEINDAHAN PINGGIR SUNGAI MELAKA, KESAN TINGGALAN SEJARAH


Sesekali mengambil peluang bersiar-siar menaiki river cruise untuk menikmati panorama sekitar pesisir sungai melaka.

Sekalipun pernah membaca dan mendengar sejarah keagungan melaka melalui lipatan sejarah, namun hakikatnya melihat dengan mata sendiri kesan-kesan peninggalan sejarahnya adalah sesuatu yang cukup memberi kesan.

Terima kasih kepada jurupandu pelancung yang tidak jemu-jemu memberi penerangan dan gambaran mengenai sejarah yang wujud sepanjang sungai ini.

TAHNIAH BUAT ADIK CIK NUR FATEN IZZATI RABLIN


Sekalung tahniah buat adik Nur Faten Izzati Rablin kerana menjadi johan Tilawah Al-Quran Antarabangsa Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) kali ke-2,  yang telah berlangsung di Melaka kelmarin.

Manakala johan qari di sandang oleh Qari Filipina, Mohamad A Asgar .

Dengan kemenangan itu, beliau bukan sahaja mengharumkan nama Negeri Sabah malah Negara Malaysia keseluruhannya.

Beliau yang baru memasuki umur 19 tahun, menerima wang tunai RM10,000, piala iringan dan sijil penyertaan yang disampaikan Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob.

Sementara itu qari Brunei, Awang Md Zul Hafiz Awang Tengah dan qariah dari Riau, Nurul Hayati Ismail di tempat kedua dengan masing-masing membawa pulang wang tunai RM7,000, plak dan sijil penyertaan.

Tempat ketiga pula dimenangi qari dari Riau Khairunnas Jamal dan qariah Sumatera Selatan Miftahul Jannah Sayuti yang menerima wang tunai RM5,000 serta sijil penyertaan.

Seramai 38 qari dan qariah dari Singapura, Thailand, Filipina, Indonesia, Brunei, Kemboja, Sri Lanka, Australia, Afrika Selatan, Timor Leste, Madagascar, China, Mesir dan Malaysia menyertai tilawah kali kedua itu.

Harapan saya supaya adik Nur Faten akan terus berusaha untuk memajukan diri dalam bidang tarannum agar terus melangkah ke hadapan.

ZIARAH SAUDARA SEAQIDAH DI KAMPUNG TONOP, TAMBUNAN


Bersama-sama dengan sahabat akrab, Ustaz Akub Baba menuju ke Kampung Tonop yang terletak sekitar 20km daripada Pekan Tambunan. Kampung ini terletak di tepi jalan besar menuju ke Daerah Ranau.

Kehadiran ini adalah bagi melengkapkan lawatan ajk USIA Tambunan pada kesekian cawangan yang wujud. Maklumlah USIA Tambunan mempunyai cawangan sebanyak 15 buah mengikut kampung di seluruh Daerah Tambunan.

Alhamdulillah, setibanya di sana kelihatan komuniti umat muslimin dan muslimat sudah menunggu lebih awal. Difahamkan ada yang datang dari jauh antaranya kampung Tampasak Liwan, Kampung Tiang, Kampung Puntingabai dan Kampung Kirokot.

Syabas pada sdr Jasrin Sipai yang telah bertungkus lumus menyediakan apa yang sewajarnya. Beliau merupakan antara penggerak USIA di cawangan berkenaan.

Syabas juga pada sahabat saya sdr Azmi Sidik, Ustaz Zaki Laumin, Kak Hajah Nursuhana Abdullah, Ust Salehuddin Rusinin, Ustaz Akub Baba dan ajk yang lain kerana punyai ruh perjuangan yang tidak pernah lentur.

Seusai majlis berbuka puasa, majlis seterusnya dimulakan dengan tazkirah yang di sampaikan oleh Ustaz Salehuddin, selaku ketua biro dakwah USIA Tambunan. Tazkirah panjang lebar banyak menyentuh mengenai kesedaran beragama, mengenai ramadhan dan mengenai kewajipan solat lima waktu.

Sebelum itu, saya sempat berbicara mengenai peranan USIA Tambunan dari dulu sehingga kini. Sekalung penghargaan pada para pejuang dan pendokong  USIA terdahulu kerana antara penyumbang kemasukan nur Islam di Daerah ini.

Seusai menunaikan solat Isya dan Terawih, sahabat seperjuangan iaitu Imam Daerah mengumumkan nama-nama penerima bantuan zakat di kalangan asnaf fakir miskin dan mualaf.

Sesungguhnya, saya amat berbangga mereka yang meskipun baru sahaja memeluk agama ini namun sudah menunjukkan kecintaan terhadap pengamalan agamanya. Alhamdulillah, inilah yang terjadi di kampung ini.

Saya berdoa, semoga sahabat-sahabat seperjuangan tidak akan luntur jiwanya dalam mendekati saudara baru ini. Mereka perlukan belaian bimbingan dan kasih ukhuwah sejati.