HIDUPKAN PERSATUAN KEAGAMAAN AKTIFKAN PROGRAM


Tatkala sedang memikirkan persoalan yang berlaku di sekeliling sekarang, saya tiba-tiba terfikir betapa perlunya persatuan berasaskan agama diaktifkan lagi di kalangan pelajar-pelajar sekolah rendah, menengah, kolej malah universiti di negeri ini.

Saya tidak nafikan, sememangnya wujud persatuan sedemikian rupa namun apa yang penting perlu diaktifkan demi manfaat remaja/belia muslim dan muslimah.

Seperkara lagi, mana-mana individu beragama Islam hendaklah diwajibkan mengikuti program-program anjuran persatuan ini. Pendek kata, jadikan ia sebagai salah satu pra syarat untuk mendapatkan markah tambahan.

Penglibatan mereka dalam program keagamaan ini penting disebabkan dewasa ini terlalu banyak cabaran getir di luar sana.

Saya secara peribadi amat menyokong dengan kewujudan Kelab Remaja Ukhuwah (KRU) di peringkat sekolah rendah dan menengah. Kelab ini amat bermanfaat bagi pelajar ke arah membentuk keperibadian yang mulia dan terpuji.

Betapa eloknya program-program berbentuk kerohanian diwajipkan di kalangan pelajar-pelajar kolej jururawat bersekutu umpamanya, kolej perubatan aseana, kolej perubatan masterskill, kolej MAHSA malah kolej dan universiti yang sekian banyaknya di negeri ini.

Mudah-mudahan dengan aktifnya persatuan dan program ini, gejala sosial dikalangan mereka tentu ada penurunan.

Bukankan itu lebih baik daripada tidak ada usaha langsung!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s