TAHNIAH BUAT ADIK CIK NUR FATEN IZZATI RABLIN


Sekalung tahniah buat adik Nur Faten Izzati Rablin kerana menjadi johan Tilawah Al-Quran Antarabangsa Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) kali ke-2,  yang telah berlangsung di Melaka kelmarin.

Manakala johan qari di sandang oleh Qari Filipina, Mohamad A Asgar .

Dengan kemenangan itu, beliau bukan sahaja mengharumkan nama Negeri Sabah malah Negara Malaysia keseluruhannya.

Beliau yang baru memasuki umur 19 tahun, menerima wang tunai RM10,000, piala iringan dan sijil penyertaan yang disampaikan Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob.

Sementara itu qari Brunei, Awang Md Zul Hafiz Awang Tengah dan qariah dari Riau, Nurul Hayati Ismail di tempat kedua dengan masing-masing membawa pulang wang tunai RM7,000, plak dan sijil penyertaan.

Tempat ketiga pula dimenangi qari dari Riau Khairunnas Jamal dan qariah Sumatera Selatan Miftahul Jannah Sayuti yang menerima wang tunai RM5,000 serta sijil penyertaan.

Seramai 38 qari dan qariah dari Singapura, Thailand, Filipina, Indonesia, Brunei, Kemboja, Sri Lanka, Australia, Afrika Selatan, Timor Leste, Madagascar, China, Mesir dan Malaysia menyertai tilawah kali kedua itu.

Harapan saya supaya adik Nur Faten akan terus berusaha untuk memajukan diri dalam bidang tarannum agar terus melangkah ke hadapan.

9 comments on “TAHNIAH BUAT ADIK CIK NUR FATEN IZZATI RABLIN

  1. salam…alhamdulillah,syukur n tahniah kepada adik junior ana kerana telah berjaya mendapat johan dalam pertandingan tersebut… ya ALLAH,hanya kata-kata kegembiraan shja ana dpt katakan,,,semoga adik sntiasa terus maju ke hadapan dalam dunia dakwah al-Quran ini…:-)

  2. tahniah,adik nur faten.teruskan perjuangan.jadikan kejayaan hari ini,sebagai pendorong adik untuk lebih cemerlang di masa akan datang.insyaallah..

  3. Assalamu’alaikum wbt. Maaflah jarang mengikuti perkembangan sahabatku Faten. Tahniah saya ucapkan. Saya berbangga di atas kemenangan Faten dalam DMDI ini lebih-lebih lagi kejayaan ini diraih ketika usia muda. Saya bukan ingin mempersoalkan faktor usia tetapi Faten berjaya memberikan contoh yang baik kepada generasi muda remaja Islam di Sabah. Semoga remaja hari ini termasuk saya sendiri akan terus berusaha untuk mengangkat dan mengharumkan nama agama maklumlah remaja sering dikaitkan dengan budaya negatif. Apa pun Faten, syabas. Teruskan melangkah ke puncak yang lebih tinggi lagi dan jangan putus asa.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s