SAHABAT, ELAKKAN PERGESERAN SUBURKAN PERMUAFAKATAN


Alhamdulillah tahun ini merupakan tahun terakhir mesyuarat agung tahunan USIA Bahagian Tambunan. Tahun 2012 depan, akan menyaksikan pemilihan ajk yang baru.

Merupakan satu sejarah mesyuarat agung tahunan di serentakkan dengan majlis rumah terbuka anjuran USIA Tambunan dengan Maahad AlKauthar Tambunan.

Pada mesyuarat agung tahunan kelmarin telah menyaksikan betapa para sahabat di kalangan ajk bahagian dan perwakilan cawangan mahukan sesuatu yang terbaik daripada pimpinan sedia ada.

Terbaik dari segi ketelusan, pengurusan, kepimpinan dan kewibawaan.

Saya amat bersyukur kerana barisan ajk sedia ada adalah yang terbaik bagi saya. Dibarisi oleh para guru, ustaz, mantan pendidik, pegawai kerajaan, kontraktor dan di kalangan belia yang agresif /aktif namun punya hikmah yang cukup tinggi.

Saya nampak, kini minat para sahabat untuk menceburi diri dalam badan ngo keramat ini sudah ada tanda-tanda menapak. Apatah lagi di kalangan belia Tambunan. Ini amat baik sekiranya berterusan.

Pada ucapan dasar dan penggulungan, sempat memetik ayat pada surah an-nahl dan surah muhmmad yang merupakan manual serta motivasi para daie.

Jauhkan pergeseran sesama ahli malah sesama ajk. Penuhi dada dengan hikmah@kebijaksanaan dalam menjalankan seruan. Misi dan visi USIA Tambunan tidak akan tercapat kiranya punya jiwa ego dan keras hati.

Suburkan muafakat langkah seribu daripada amalan fitnah. “Man satara aiba akhihi satara Allah aibahu yaumal qiayamah”, Siapa saja yang berusaha menutup aib saudara yang lain, nescaya Allah tetap akan tutup aibnya pada hari pembalasan kelak.

Mudah-mudahan barisan kepimpinan USIA Tambunan pada pemilihan tahun depan adalah di kalangan mereka yang lebih baik dan mampu mendamaikan semua pihak.

Mudah-mudahan juga di kalangan para pencinta dakwah dan persaudaraan.

BERAYA DI RUMAH USTAZ LOKMAN LUBIS


Seperti lazimnya, setiap kali menjelangnya hari lebaran pasti akan bertandang ke rumah Ustaz Lokman Lubis.

Beliau merupakan adik kepada Allahyarham Tuan Guru Haji Ahmad Darbi Lubis.

Rumah beliau yang terletak berhampiran dengan Kampung Merampong, Keningau  sentiasa penuh dengan kunjungan kenalan terutama di kalangan anak-anak murid dan sahabat handai.

Kehadiran kami pada syawal keenam kira bernasib baik kerana tetamu ketika itu belum ramai.

Alhamdulillah, bersama sahabat Ustaz Maarof Hamzah, Ustaz Saimin Jamirin, Sdr Khairul Joumi dan beberapa sahabat lain datang berpakat.

Kebetulan semuanya adalah bekas pelajar SUIS Pekan Tambunan.

Dalam pertemuan itu, berkesempatan juga berbincang untuk melaksanakan Sambutan Jubli Emas warga alumni SUIS Tambunan.

Apa pun kesimpulannya, sudah ada perancangan dan strategi untuk melaksanakannya.

Namun pada saya, PROFIL SEJARAH SUIS DAN KEGEMILANGANNYA saya siapkan dulu agar sambutan lebih bermakna.