SEJARAH 32 TAHUN LALU AKAN BERULANG DI MASJID NEGERI SABAH PADA 5 FEBRUARI 2012 (UPDATE)


Buat sekian kalinya Perhimpunan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sabah 1433/2012 akan di adakan di Perkarangan Masjid Negeri Sabah, Kota Kinabalu.

Beberapa sahabat bercerita, perhimpunan pada tahun ini merupakan sejarah  kerana perhimpunan Sambutan Maulidur Rasul seumpama ini pernah diadakan di tempat sama buat pertama kalinya pada tahun 1980-an lagi.

Maksudnya, perhimpunan Sambutan Maulidur Rasul tahun ini adalah ulangan kepada perhimpunan di lokasi sama setelah  32 tahun berlalu.

Alhamdulillah, persiapan diperingkat akhir sedang giat dilakukan bagi menyambut kehadiran seramai 9000-10,000 umat Islam yang akan berarak dari Padang Bandaraya ke Perkarangan Masjid Negeri Sabah.

Setakat ini juga, saya difahamkan sebanyak 90 kontinjen telah menyertai perarakan dengan jumlah penyertaan orang ramai mengjangkau hampir 9000 orang.

Kepada muslimin dan muslimat yang berada di sekitar Bandaraya Kota Kinabalu malah di seluruh Sabah adalah dijemput agar sama-sama memeriahkan lagi sambutan tahun ini.

 

Advertisements