KAMPUNG WIDU, TAMBUNAN


Jalan Kampung Kirokot

Jambatan Kampung Tontolob

Jalan Menuju Kampung Widu

Jalan Sedang Dinaik Taraf

Menghijau dan Kebun Durian

Sudah lama tidak berkunjung ke Kampung Widu. Seingat saya sejak tahun 2009. Kali terakhir adalah ketika bersama sahabat USIA Tambunan ber-ihya ramadhan tahun 2009.

Sememangnya Kampung Widu amat lekat dalam hati ini malah juga pada sahabat lain yang pernah berkunjung ke sini. Tanyalah siapa sahaja, tentu akan bercerita mengenai keindahan alam semulajadi di sini.

Keindahan bukit bkau yang terdapat di kiri kanan, sungai  yang mengalir jernih berkilau, udara yang segar dan jauh dari hiruk pikuk kota.

Sesuatu yang menarik, Kampung Widu menyimpan sebuah lagenda yang sememangnya telah diketahui umum iaitu tentang Gantung Sorili. Gantung Sorili (sebuah tajau besar) dikatakan dimiliki oleh bunian dan mempunyai banyak cerita menakjubkan. (- untuk cerita lanjut akan diceritakan selepas mendapat input orang tua-tua..-:)

Alhamdulillah, kini kampung ini sedikit sebanyak tampak perubahan. Kini jalan menuju ke sana sedang di naik taraf dan tiang-tiang elektrik sudah terpacak menunggu pemasangan kabel elektrik.

Malah kelihatan deretan paip besar di tepi jalan siap untuk di pasang untuk membekalkan air bersih ke setiap rumah di kampung tersebut.

Antara Sahabat Mengiringi Lawatan

Meninjau Lokasi Pembinaan Musalla

…….. Lawatan kali ini adalah untuk menyampaikan rasa simpati kepada sebuah keluarga di kampung berkenaan kerana kematian ahli keluarga.

Allahyarham Julian, telah meninggal dunia tiga hari sebelum kedatangan kami. Dengar kabarnya beliau meninggal dunia dalam kemalangan jalanraya ketika balik dari menunaikan tanggungjawabnya sebagai pengawal kesalamatan di Sekolah Kampung Tiong, 10km dari rumahnya.

Menurut saudara Ipin Yadam yang merupakan Ketua Kampung Widu, pemergian Allahyarham amat dirasai bukan sahaja keluarganya malah penduduk lain di Kampung Widu.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan anak-anak yang masih kecil serta ibunya.

Mudah-mudahan roh Allahyarham ditempatkan di kalangan arwah para solihin. Al-fatihah.

By pustakaalghazali Posted in Dakwah

JEJAKI DAERAH SIPITANG : KOMUNITI BESTARI


Peta Perjalanan

Seawal jam 8.00 pagi bertolak dari Daerah Keningau menuju ke Daerah Tenom untuk sampai ke Daerah Sipitang.

Untuk kali pertamanya saya menggunakan jalan Tenom ke Sipitang. Ramai teman mengatakan jalan berkenaan lebih dekat dan menjimatkan masa berbanding menggunakan jalan dari Keningau-Kimanis-Beaufort ke Sipitang.

Setelah melalui jalan tersebut ternyata gambaran yang diberikan amat tepat. Saya hanya mengambil masa sekitar 2 jam untuk sampai ke Daerah Sipitang dari Keningau melalui Tenom.

… Sejujurnya, ini merupakan kali pertama saya menjejakkan kaki ke Daerah Sipitang!. Dalam banyak-banyak daerah di kawasan Pedalaman Bawah, paling  jauh pun yang pernah saya jejaki adalah Daerah Kuala Penyu. Atas urusan rasmi maka Daerah Sipitang dijejaki juga.

Urusan kali ini dengan membawa krew pameran sempena Komuniti Bestari 1 Malaysia anjuran Pejabat Daerah Sipitang dan Jabatan Penerangan Malaysia.

Pengunjung Pameran JHEAINS

MAJLIS HAFAZAN AL-QURAN PERINGKAT NEGERI SABAH 2012


Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat Negeri Sabah akan menganjurkan Majlis Hafazan Al-Quran Peringkat Negeri Sabah pada 07 April 2012 (Sabtu), bertempat di Dewan Saadah Wisma MUIS Kota Kinabalu bermula jam 7.oo pagi.

Majlis Hafazan ini terbahagi kepada  3 kategori;-

1. Tahap pertama dari Juzuk Pertama hingga Juzuk Sepuluh (1-10) yang melibatkan peserta yang berumur 7-25 tahun.

2. Tahap pertama dari Juzuk Pertama hingga Juzuk Dua Puluh (1-20) yang melibatkan peserta yang berumur 7-25 tahun.

3. Tahap pertama dari Juzuk Pertama hingga Juzuk Tiga Puluh (1-30) yang melibatkan peserta yang berumur 7-25 tahun.

* Bagi penyertaan tahap yang pertama akan melibatkan soalan tarannum.

* Bagi penyertaan ketiga akan melibatkan soalan yang berbentuk tafsir dalam juzuk yang keenam.

* Penyertaan adalah terbuka kepada semua Warganegara Malaysia (Bermastautin di Sabah dan peribumi yang beragama Islam), lelaki dan wanita.
 
* Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Urusetia Hafazan melalui No. Telafon 088-317072 (Pejabat Am) atau 013-5410840 (Ustaz Mohd Azlan Haji Bakri) dan  0198529392 (Ustaz Sahifue Rahmat).
 
* Tarikh tutup penyertaan adalah pada 04 April 2012 (Rabu).
* Borang penyertaan boleh didapati di Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat Negeri Sabah.
 
——————–
Link ada kaitan: 

SEMOGA PAK CIK AMRAN BEROLEH KESEMBUHAN


Bersama-sama dengan sahabat saya Ustaz Akob Baba menziarahi orang yang paling rapat persahabatan suatu ketika dulu yang kini terlantar di rumahnya.

Suatu ketika semasa bertugas di Daerah Keningau Pak Cik Amran @ Amparang Abdullah merupakan salah seorang amil zakat yang bertugas di Kampung Ansip.

Beliau antara amil yang cukup amanah dalam menjalankan tugasannya.

Sepanjang berada di Keningau, beliau juga adalah Pengerusi Masjid Kampung Ansip dan amat mengambil berat mengenai hal ehwal urusan keagamaan di sana.

Saya meluangkan masa untuk melawat beliau pada ahad lalu dan keadaannya cukup jauh berbeza berbanding 7 tahun lalu. Beliau yangberumur sekitar 68 tahun agak kelihatan lemah di sebabkan serangan angin ahmar yang menyerang beliau sejurus kembali dari mengerjakan ibadat fardhu haji di Mekah.

Sepanjang ziarah, saya meminta Ustaz Akob menggunakan pengalamannya untuk membuat sedikit urutan ringan sambil bercerita dengan beliau.

Semoga Pak Cik Amran diberi kekuatan Allah SWT untuk terus mendapatkan kesembuhan.

Kepada sahabat lain yang mengenali beliau, silalah meluangkan masa untuk melawat dan mendoakan kesejahteraannya. InsyaAllah.