KEMBARA KE PULAU BANGGI, SABAH – BAHAGIAN KETIGA


 

Advertisements

KEMBARA KE PULAU BANGGI,SABAH – BAHAGIAN KEDUA


Sekitar jam 7.00 pagi krew pameran yang ditempatkan di Rest House Pulau Banggi bertunkus lumus memunggah peralatan pameran ke lori sebelum bertolak ke Kampung Padang. Jarak Kampung Padang dengan Pekan Karakit adalah sekitar 25 KM.

Krew dikabarkan perjalan ke Kampung Padang kini telah beraspal sepenuhnya berbanding sebelum ini kecuali jalan sepanjang 5 KM. Kabar tersebut melegakan hati sahabat lain yang terpaksa duduk di belakang lori . Sekurang-kurangnya tidaklah bertahan dengan debu jalan yang berterbangan.

Sebelum bertolak, sempat bersarapan di sebuah warung berdekatan jeti. Terimakasih kepada Pak Imam Malik atas sponsor sarapan.

Sebenarnya, pameran jabatan ini diadakan di pulau ini sempena Majlis Tilawah Al-Quran dan Festival Kesenian Islam Peringkat Daerah Banggi. Juga, merupakan pameran pertama kali jabatan ini di pulau 3 kali ganda besar Pulau Labuan.

Lebih menarik, penganjuran majlis peringkat daerah ini tahun ini diadakan di luar Pekan Daerah iaitu Kampung Padang. Ternyata kaedah ini menarik ramai orang kampung datang memeriahkan majlis berkenaan. Majlis tersebut dirasmikan oleh YB Datuk Mijul Unaini, Wakil Rakyat N.1 Banggi.

Difahamkan kebanyakan penduduk Pulau Banggi terdiri daripada suku Bajau Ubian di samping Suku Dusun Bonggi dan beberapa suku lain.

Tahniah kepada Saudara Aliudin Haji Onon, Penolong Pegawai Daerah Banggi serta jawatankuasanya di atas kejayaan penganjuran majlis ini.

KEMBARA KE PULAU BANGGI,SABAH – BAHAGIAN PERTAMA


Awal jam 8.00 pagi saudara Jamiun Osman menjemput dari rumah. Katanya beberapa sahabat rombongan sedang menunggu di perkarangan Mahkamah Syariah.

Sekitar jam 9.00 rombongan seramai 5 orang dengan 2 buah kereta pacuan empat roda terus bergerak menuju ke Daerah Kudat. Sempat singgah di restoran Kota Belud sebelum meneruskan perjalanan ke Daerah Kudat.

Tiba di Pelabuhan Daerah Kudat sekitar jam 12.15 tengahari. Tuan Haji Hassan Wahab telah siap menunggu rombongan krew pameran JHEAINS untuk ke Daerah Pulau Banggi.

Tepat jam 1.30 petang, menuju ke Daerah Pulau Banggi dengan menaiki Feri Sri Labuan Lima dengan tambang RM18.00 seorang.

Sejam kemudian tiba di Pelabuhan Daerah Pulau Banggi. Beberapa kakitangan jabatan telah pun siap sedia membantu memunggah peralatan pameran.

Rombongan krew ditempatkan di rumah rehat  semalaman sebelum menuju ke Kampung Padang, Pulau Banggi awal pagi esuknya.