SURAU KAMPUNG TONOP, TAMBUNAN


Advertisements

MAJLIS TILAWAH AL-QURAN ANTARABANGSA DUNIA MELAYU DUNIA ISLAM (DMDI), KALI KE-3 DI MELAKA


Tahniah kepada Kerajaan Melaka kerana telah menganjurkan Majlis Tilawah Al-Quran Antarabangsa Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI 2012) kali ke-3.  Majlis berlangsung bermula 2-5 Ogos 2012.

Sejak majlis ini diperkenalkan di peringkat DMDI, Negeri Sabah adalah antara negeri yang menyertainya.

Tahun ini Negeri Sabah telah menghantar seorang Qari dan Qariah sebagai peserta dalam majlis yang besar ini. Qari adalah Saudara Encik Abdul Basith bin Harisah manakala Qari adalah Cik Soufizah Mousin.

Sebelum ini, Negeri Sabah pernah di wakili oleh Qari seperti Ustaz Mohd Raffee Ghalil Abbas, Encik Razman Asmat manakala Qariah oleh Cik Nurfaten Izzati Rablin. Pada tahun 2011, Cik Nurfaten Izzati Rablin muncul Johan Qariah mengatasi lebih 2o qariah lain.

Tahun ini juga, berlaku peningkatan penyertaan berbanding tahun-tahun sudah. Seramai 58 orang di kalangan Qari dan Qariah dari pelbagai negara telah menyertai majlis ini.

Seperti tahun 2011, majlis ini diadakan di Masjid Al-Azim yang merupakan Masjid Negeri Melaka. Manakala peserta ditempatkan di Hang Tuah City Hotel.

Kita mengharapkan Qari dan Qariah Negeri Sabah mendapat tempat pada majlis tersebut.