MESYUARAT PELAKSANAAN PUSAT TRANSFORMASI KOMUNITI BERGERAK (MOBILE CTC) PERINGKAT DAERAH TELUPID


20140417_12275220140417_13384420140417_13451520140417_140659

Hari ini mesyuarat mengenai pelaksanaan Pusat Transformasi Komuniti Bergerak (Mobile CTC) Peringkat Daerah Telupid yang dijangka akan diadakan pada bulan ogos ini.

Mesyuarat telah dipengerusikan bersama oleh Tuan Benedict Asmat selaku Pegawai Daerah Telupid dan Encik Jackson Taguah selaku Timbalan Pengarah Perbendaharaan Negeri Sabah.

Pada mesyuarat berkenaan hadirin telah diberikan taklimat oleh Encik Jackson mengenai kepentingan Pusat Transformasi Komuniti Bergerak (Mobile CTC) yang akan diadakan kelak. Antara kepentingannya adalah:-

Memberikan perkhidmatan yang diperlukan kepada penduduk luar bandar atau komuniti pedalaman, bagi mempamerkan kesungguhan kerajaan dalam membawa kesejahteraan kepada Rakyat.

Dimana Mobile CTC merangkumi 5 komponen utama :
1. Menyediakan perkhidmatan.
2. Memberi penerangan serta kesedaran kepada Rakyat mengenai Dasar, Program dan aktiviti Kerajaan melalui Kementerian dan Agensi Kerajaan.
3. Menyediakan peluang keusahawanan kepada penduduk tempatan ketika program berlangsung.
4. Menyediakan platform untuk membolehkan bantuan Kerajaan disalurkan terus kepada kumpulan sasaran.
5. Menghimpunkan Rakyat pelbagai peringkat dan kaum untuk bersukan, bersosial dan bersukarelawan demi meningkatkan kesejahteraan Rakyat.

Beliau juga menjelaskan bahawa pelaksanaan program ini merupakan julung-julung kali diadakan di Negeri Sabah dan Daerah Telupid menjadi lokasi perintis kepada daerah-daerah lain.

Advertisements

MAJLIS TILAWAH DAN FESTIVAL KESENIAN PERINGKAT DAERAH TELUPID 2014


IMG_4926IMG_4847IMG_4801

Hadir untuk mengiringi YB Datuk Haji Sairin Haji Karno, Naib Yang DiPertua USIA Pusat merangkap Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah untuk merasmikan Majlis Tilawah Al-Quran dan Festival Kesenian Islam Peringkat Daerah Telupid.

Pada ucapan perasmian YB Datuk Haji Sairin, beliau telah menekankan mengenai perlunya pembudayaan membaca dan menghayati intipati Kitab Al-Quran seterusnya menjelmakannya dalam kehidupan seharian.

Majlis yang diadakan di Perkarangan Masjid Derah Telupid itu telah dihadir sekitar 100 orang yang terdiri daripada ketua-ketua jabatan dan orang ramai.

Sebelum itu, Pengerusi Jawatankuasa Badan Dakwah Daerah Telupid Sdr Khamsah Sulaiman menjelaskan bahawa majlis berkenaan merupakan rutin bagi menyemarakkan lagi program-program keagamaan di daerah berkenaan.

Komentar:

InsyaAllah beberapa acara dan program akan disusun rapi bagi mengimarahkan lagi peranan masjid daerah ini. Apa yang penting adalah menyusun JK Badan Dakwah agar  dapat berfungsi dengan lebih teratur dan berkesan.