DAERAH TELUPID AKAN BANGKIT MEMBANGUN


Telupid PanoramaSABAH BAH

Asal Usul Nama Daerah

Pada suatu ketika dahulu, di sepanjang Sungai Telupid terdapat sejenis pokok yang tumbuh dengan banyaknya yang dipanggil Tapid-Apid dalam bahasa penduduk tempatan dari suku kaum Dusun di Telupid pada ketika itu. Pokok tersebut digunakan oleh penduduk tempatan untuk keperluan harian mereka samada untuk tujuan aktiviti pertanian mahupun nelayan. Memandangkan pokok tersebut begitu dominan dalam kehidupan mereka; mudah diperolehi dan memudahkan aktiviti kehidupan harian mereka maka penduduk Daerah Kecil Telupid telah menamakan daerah ini mengambil sempena nama pokok tersebut dengan nama TELUPID.

Keluasan Dan Persempadanan Daerah

Luas Daerah Kecil Telupid ialah 1,935 kilometer persegi atau bersamaan dengan 747 batu persegi. Daerah ini bersempadan dengan Daerah Ranau di sebelah barat, Daerah Kecil Paitan di utara / timur laut, Daerah Beluran dan Daerah Kinabatangan di sebelah timur dan Daerah Tongod di Selatan. (1)

Menurut catatan wikipedia, Pekan Telupid dianggarkan 98 km dari pekan Ranau, 100 km dari pekan Beluran, dan 130 km dari bandar Sandakan.

Sejarah Pewujudan Daerah

Telupid mula diduduki seawal tahun 1940an dan merupakan kawasan laluan peristiwa bersejarah ‘Death March’ semasa Perang Dunia Kedua dalam tahun 1945. Daerah ini diwujudkan sekitar tahun 1965 iaitu selepas kira-kira tiga tahun Negeri Sabah diisytiharkan merdeka yang seterusnya menyertai pembentukan Malaysia. Pada ketika itu Telupid hanyalah merupakan sebuah perkampungan kecil yang didiami oleh suku kaum Dusun. Perkembangan pembangunan daerah ini bemula apabila Kerajaan Malaysia menjalinkan kerjasama dengan Kerajaan Australia menerusi projek pembinaan lebuhraya yang menghubungkan Telupid dengan Daerah Ranau yang dikenali dengan nama Malaysia-Australia Road Project (MARP) dalam tahun 1968. Pekan Telupid adalah lokasi utama pentadbiran dan pengurusan projek tersebut.

Jalinan kerjasama tersebut telah membawa pembangunan yang amat ketara dengan tumpuan di kawasan pekan. Bangunan-bangunan pejabat pentadbiran, bengkel dan rumah kediaman pegawai dan kakitangan telah dibina dengan begitu rapi yang mana sekaligus mengubah landskap pekan tersebut daripada sebuah perkampungan tradisional kepada sebuah penempatan ala moden pada ketika itu. Menariknya, pekan ini pernah mempunyai sebuah lapangan terbang berhampiran lebuhraya yang boleh digunakan untuk pesawat penerbangan kecil.

Tamatnya pembinaan lebuhraya Telupid-Ranau di bawah projek MARP tersebut telah membawa satu era baru yang mana Kerajaan Negeri pada ketika itu telah mengambil alih semua bangunan dan harta benda di bawah MARP dan diletakkan di bawah penggunaan dan pengawasan Jabatan Kerja Raya (JKR) yang diwujudkan dan diberi tanggungjawab untuk mengambil alih tugas-tugas pemuliharaan dan pembaikan lebuhraya yang telah dibina.

Dalam tahun 1970an, melihat kepada kedudukan daerah ini di lokasi yang strategik iaitu laluan Timur – Barat Negeri Sabah, Kerajaan dibawah teraju kepimpinan Parti USNO pada ketika itu telah mengambil inisiatif mewujudkan Telupid kepada sebuah Daerah Kecil di bawah pentadbiran Pegawai Daerah Beluran, sebagai inisiatif membangunkan daerah tersebut. Jabatan Kerja Raya merupakan jabatan kerajaan yang terawal beroperasi di daerah ini disusuli dengan pengwujudan sebuah Pejabat Daerah Kecil dalam tahun 1977, yang berperanan dalam hal ehwal pentadbiran dan pembangunan daerah ini. Sejak itu, Telupid telah diisytiharkan sebagai sebuah Daerah Kecil dengan nama rasminya Daerah Kecil Telupid. (2)

Fasa Pembangunan Daerah Telupid

Pekan Beluran dan Telupid bakal mengalami perubahan berikutan cadangan membina lebih banyak kedai baharu selari dengan keperluan pembangunan di dua pekan itu.

Anggota Parlimen Beluran Datuk Ronald Kiandee berkata cadangan itu membabitkan pembinaan 395 unit kedai dengan kos pembinaan RM168 juta.

“Ia bukan sahaja bakal mengubah landskap pembangunan di kedua-dua pekan itu malah mampu merangsang pertumbuhan ekonomi penduduk setempat,” katanya selepas Majlis Sambutan Krismas dan Tahun Baharu Peringkat Daerah Telupid di Kampung Batu 4.

Ronald yang juga Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat berkata ia antara lain membabitkan pembinaan 72 unit kedai di Pekan Beluran di kawasan Pelantong oleh Sedco, anak syarikat kerajaan negeri dengan fasa pertama 12 unit kini dalam pembinaan.

Beliau berkata Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) juga bercadang membina 19 unit kedai dua tingkat untuk fasa kedua di Pekan Telupid bernilai RM9.94 juta dan diikuti cadangan fasa ketiga, 126 unit kedai dua dan tiga tingkat bernilai RM66 juta.

Turut dilaksanakan di Pekan Beluran ialah Projek Muara Labuk membabitkan pembinaan 21 unit kedai bernilai RM13.4 juta oleh Perbadanan Pembangunan Bandar Sabah (SUDC) yang kini dalam pembinaan, katanya.

Ronald berkata pelaksanaan dan cadangan membina kedai di Pekan Beluran dan Pekan Telupid membuktikan kerajaan tidak mengabaikan kawasan luar bandar, sebaliknya prihatin untuk membangunkan kawasan itu. (3)

Telupid Diumum Sebagai Daerah Penuh

Penantian penduduk di daerah ini akhirnya menjadi kenyataan apabila Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Haji Aman, mengumumkan secara rasmi Daerah Kecil Telupid sebagai daerah penuh.

Menurut beliau, penaiktarafan status daerah tersebut kepada daerah penuh adalah wajar memandangkan ia sudah mempunyai kelengkapan infrastruktur selain pertambahan jumlah penduduk yang semakin meningkat.

Beliau berkata, selain mengambil kira kedudukannya sebagai laluan utama dari Pantai Barat ke Pantai Timur Sabah maka sudah tiba masanya daerah ini berubah wajah sejajar dengan kepesatan pembangunan perdana.

Katanya, usaha meluluskan dan sekali gus menaiktaraf Telupid sudah pun lama diputuskan tetapi hanya menunggu masa sesuai untuk mengumumkannya.

“Kita sedar Telupid sudah memiliki infrastruktur yang lengkap manakala penduduknya pula semakin hari semakin bertambah … usaha ini juga adalah merupakan janji Barisan Nasional (BN) melalui tiga pemimpin di kawasan ini.

“Inilah janji ditepati yang diamalkan BN ingin melihat apa jua keperluan rakyat sentiasa didahulukan,” jelasnya.

Musa menyatakan demikian ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Pekan Telupid, di sini, kelmarin.

Hadir sama ialah calon BN Parlimen Beluran, Datuk Ronald Kiandee; calon BN kawasan Labuk, Datuk Seri Michael Asang; calon BN kawasan Sugut, Datuk James Ratib dan Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Negeri Sabah, Datuk Osman Jamal.

Pada majlis itu, seramai 122 penduduk kampung masing-masing menerima geran komunal disampaikan Musa.

Penerima terbabit adalah mewakili Kampung Wonod dengan 77 geran, Kampung Bauto (lima geran), Kampung Gambaron (tujuh geran), Kampung Telupid Batu 4 (empat geran) dan selebihnya 29 geran lagi kepada Kampung Taviu.

Musa yang juga Pengerusi BN Sabah berkata dengan pemberian geran komunal bagi peringkat fasa 1 itu membuktikan bahawa kerajaan mengambil berat terhadap permohonan tanah yang melibatkan mereka masih belum mempunyai tanah.

“Kita sentiasa berusaha untuk memastikan rakyat memiliki tanah supaya mereka dapat mengusahakannya untuk meningkatkan taraf hidup.

“Tanah yang diberikan ini sebelumnya adalah berstatus hutan simpan tetapi dibubarkan dan diberikan kepada penduduk,” ujarnya.

Sehubungan dengan itu, beliau berharap penduduk kampung yang mendapat pemberian tanah supaya tidak menjualnya kepada sesiapa sebaliknya memanfaatkan demi masa depan anak- anak.

Beliau merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Jabatan Tanah dan Ukur melalui Unit Gerak Khas yang pantas dan cepat untuk mengeluarkan geran-geran komunal ini kepada rakyat.

Menurutnya, ia bukti keikhlasan dan keprihatinan kerajaan BN dalam meningkatkan kehidupan rakyat terutamanya di kawasan luar bandar menerusi usahanya membela nasib semua golongan. (4)

Rungutan Masyarakat Tentang Bekalan Petrol dan Diesel

Ketika pengguna di sekitar bandar lega dengan penurunan harga bekalan minyak diesel dan petrol tetapi lain pula ceritanya di Pekan Telupid yang terpaksa membayar lebih tinggi dari pembekal runcit bebas.

Ia didakwa pengguna kerana kegagalan sebuah pam stesen di pekan yang terletak kira-kira 100 km dari bandar ini yang merupakan satu-satunya stesen minyak di pekan tersebut, telah berhenti membekalkan kepada pengguna dalam tempoh seminggu ini.

Raymond seorang kakitangan pendidik di daerah ini memberitahu harga yang dikenakan oleh pembekal bebas melebihi harga yang telah ditetapkan oleh kerajaan apabila mengambil untung dari pengguna berganda.

“ Sekarang harga yang pembekal bebas kenakan kepada kami bagi seliter adalah RM2.70 sen bagi Petrol dan RM2.60 sen bagi disel,” katanya

Menurut beliau mereka terpaksa menggunakan khidmat pembekal bebas yang beroperasi di pekan Telupid yang menggunakan drum sebagai menyimpan bekalan bahan bakar itu sebelum di jual kepada pengguna.

Katanya ketiadaan bekalan bahan bakar yang dibekalkan dari stesen yang merupakan satu-satunya pusat stesen minyak di pekan yang menjadi persinggahan bagi penguna jalan raya dari bandar seperti Tawau, Lahad Datu dan Sandakan ke Kota Kinabalu amat membimbangkan penguna.

Sehubungan itu, kakitangan penguat-kuasa agensi berkaitan terutama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehawal Pengguna supaya turun ke daerah berkenaan dan dapat memantau serta mengatasi masalah kekurangan bekalan itu di daerah ini.

“Kami amat berharap agar masalah ini dapat diatasi, seboleh-bolehnya stesen minyak di tambah serta beroperasi semula kerana ketiadaan stesen lain telah mengundang masalah kehabisan bekalan bahan ini,” katanya sambil berharap agensi berkaitan dapat menangani masalah yang mereka hadapi kelak. (5)

Rujukan:

(1). http://www.sabah.gov.my/pd.tlp/Index.html

(2). http://www.sabah.gov.my/pd.tlp/Sejarah.html

(3). http://www.umno-online.my/?p=75639

(4). http://www.newsabahtimes.com.my/nstweb/fullstory/68135

(5). http://ajinbgagah.blogspot.com/2008/12/harga-petrol-diesel-di-pekan-telupid.html

Rujukan Lain:

http://myksosial.wordpress.com/2009/03/02/pekan-telupid/

https://abunuha.wordpress.com/tag/telupid/

http://sahabatblogsabah.blogspot.com/2012/04/pekan-telupid.html

MAJLIS HARI TERBUKA MALAYSIA TADAU KAAMATAN 2014


20140614_114837

Tika hujung minggu, saya berkesempatan untuk membawa keluarga untuk melawat Tapak Majlis Terbuka Malaysia Tadau Kaamatan Peringkat Kebangsaan 2014 yang diadakan di Kompleks Sukan Keningau.
Kebetulan majlis ini diadakan berhampiran dengan rumah kediaman di Keningau, maka tidaklah terlalu gopoh untuk datang bertandang.

Kemuncak majlis ini adalah pada 14 Jun 2014, dan pada mulanya majlis ini diwar-warkan akan dihadiri oleh YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia namun pada saat akhir diwakilkan kepada YAB Ketua Menteri Sabah untuk majlis perasmian penutupan.

Pada sebelah pagi, sempat meninjau beberapa booth pameran yang terletak di dalam kawasan Padang Kompleks Sukan. Kebanyakan booth pameran di kawasan ini adalah dikhaskan kepada jabatan-jabatan kerajaan negeri dan persekutuan, kementerian dan swasta. Selain itu juga booth khas untuk kraftangan produk tempatan banyak mewarnai pameran. Saya lihat usaha murni ini amat wajar diteruskan agar karftangan produk tempatan dapat di martabatkan dan diketengahkan di persada global. Dalam hal ini, sekalung penghargaan kepada Yayasan Sabah di atas inisiatif berkenaan.

Manakala gerai-gerai jualan telah diletakkan di sepanjang jalan Kg. Keningau. Saya kira adalah sekitar 200 meter gerai jualan kiri dan kanan sepanjang jalan tersebut. Tahniah kepada pihak Majlis Daerah Keningau dengan susunan gerai julan tersebut.

Saya difahamkan pada sebelah malam, majlis ini akan dihadiri sekitar 20 ribu orang dari seluruh pelusuk negeri sabah. Secara tidak langsung ini akan meningkatkan ekonomi setempat bukan sahaja untuk pengusaha gerai jualan, pameran malahan para pengusaha hotel dan homestay akan mendapat limpahan pengunjung. Tidak terkecuali pengusaha restoran, gerai dan pasar malam. Kesimpulannya, usaha menganjurkan apa juga acara besar yang memberi impak pulangan ekonomi setempat amatlah disokong penuh.

Juesteru itu sebelum apa juga acara besar seumpama ini diadakan di mana-mana daerah, saya berpendapat kesiap-siagaan masyarakat setempat mempamer dan menjual produk mereka perlu ada. Wajar difikirkan kursus, produk-produk baru dan inovasi terkini untuk warga setempat.

Akhir kata:
Saya amat tertarik dengan inovasi untuk menanam halia menggunakan kaedah fertigasi. Bukan sahaja kelihatan subur malah kualiti juga amat baik.

20140614_115141

20140614_115224

20140614_115505 20140614_115509

20140614_115624

20140614_115927

20140614_115938  20140614_121502

20140614_121516

20140614_121654

20140614_121712

PELANCARAN TAMU PEKAN PAITAN


20140610_082015

Hadir atas kapasiti wakil Pegawai Daerah Telupid ke Majlis Pelancaran Tamu Pekan Paitan. Majlis pelancaran ini disempurnakan oleh YB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah.

Daerah Kecil Paitan mengambil masa hampir 3 jam perjalanan daripada Daerah Telupid. Daerah Kecil ini masih di bawah pentadbiran Pejabat Daerah Beluran dalam semua bidang termasuk urusan tanah dan juga majlis daerah.

Pada majlis berkenaan Tamu Pekan Paitan telah dilancarkan dan lokasinya berhampiran dengan Pejabat Urusetia Daerah Kecil Paitan.

Saya difahamkan majlis ini merupakan majlis yang penuh bersejarah kerana dengan pelaksanaan tamu ini yang julung-julang kali diadakan akan membawa impak ekonomi kepada masyarakat sekitar daerah ini. Masyarakat  setempat akan memasarkan produk mereka untuk jualan.

Tamu ini akan diadakan setiap 10-11 haribulan setiap bulan bertepatan dengan musim gajian pekerja estet/ladang akan membolehkan pekerja ini berbelanja di tamu berkenaan.

Saya secara peribadi mengharapkan masyarakat setempat mengambil peluang untuk berjual di tamu ini untuk meningkatkan sosioekonomi mereka. Tambahan pula pihak Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan telah menjanjikan untuk menaik taraf kawasan tamu, Pentas Rakyat dan Dewan Serbaguna Pekan Paitan.

20140610_10420320140610_12171820140610_12172520140610_12174220140610_12185320140610_12192520140610_121947

 

HARI TERBUKA KONSERVASI KANYON IMBAK


20140605_08194020140605_080127IMG-20140605-WA003020140605_105931IMG-20140605-WA0032

Daerah Telupid telah menjadi tuan rumah kepada penganjuran Hari Terbuka Kawasan Konservasi Kanyon Imbak. Majlis ini diadakan juga sempena Hari Alam Sekitar Sedunia dan bertempat di Dewan Serbaguna Pekan Telupid. Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Seri Ronald Kiandee, Timbalan Speaker Dewan Rakyat Merangkap Ahli Parlimen Beluran.

Kanyon Imbak telah diwartakan sebagai Hutan Simpan Kelas Pertama (Perlindungan) oleh Kerajaan Negeri Sabah. Pengurusan kawasan hutan ini dijalankan oleh Yayasan Sabah di bawah Undang-Undang Hutan (Kawasan Konservasi Kanyon Imbak) 2000.

Kanyon Imbak adalah merupakan sebuah kawasan lembah yang tersendiri sepanjang 25 kilometer di tengah-tengah Sabah dan disempadani oleh tiga tepian cenuram batu pasir (sandstone cliffs) yang boleh mencecah ketinggian melebihi 3,700 kaki atau 1,100 meter dari aras laut. Ia merupakan kawasan yang terakhir di negeri ini yang masih merupakan hutan dara dan belum diterokai. Kawasan tinggalan hutan pamah dipterokarp yang belum dibalak dan meliputi seluas kira-kira 30,000 hektar, termasuk dua Hutan Simpan Dara yang terletak di sepanjang cenuramnya dengan dan menjadikan Kanyon Imbak sebuah warisan asli yang tidak ternilai.

Kawasan Konservasi Kanyon Imbak adalah terletak di tengah-tengah Sabah di bahagian utara kawasan pemuliharaan Lembangan Maliau dan diarah barat kawasan Pemuliharaan Lembah Danum. Ia terletak kira-kira 300 kilometer dari Bandaraya Kota Kinabalu.

Seramai 600 orang yang terdiri daripada ketua-ketua jabatan, pelajar, ketua-ketua masyarakat dan orang kampung telah menyertai majlis ini. Sebelum perasmian peserta telah bergotong royong menanam pokok landskap sekitar sepanjang Jalan Padang Pekan Telupid.

Selepas acara perasmian, satu ceramah mengenai kesedaran memelihara alam sekitar telah disampaikan oleh pegawai Yayasan Sabah dan juga selebriti terkenal iaitu Maya Karin.

20140612_140124Imbak5Malaysia Elephant DeathsFEA02_090512_KANYON IMBAKImbak2ImbakKredit: http://www.mysabah.com/imbak-canyon/slides/imbak-canyon-bmg_0419.php

Komentar:

Saya memuji usaha kerajaan melalui Yayasan Sabah dengan biaya Petronas dalam menjayakan penjagaan kawasan Imbak Kanyon ini. Kita mengharapkan Jabatan Perhutanan yang bertanggungjawab menyediakan pegawai penguatkuasa agar terus memantau kawasan ini agar tidak dicerobohi pihak yang tidak bertanggungjawan.