PROGRAM SATU KOMUNITI SATU JPJ (SKSJ) DAERAH TELUPID


20140722_10175920140722_101754

Alhamdulillah, pagi ini pengerusikan mesyuarat untuk persediaan Majlis Perasmian Penutupan Program Satu Komuniti Satu JPJ (SKSJ) Peringkat Daerah Telupid. Program ini inysaAllah akan diadakan apa 16 Ogos 2014 bertempat di Dewan Serbaguna Pekan Telupid.

Program ini antara pengisiannya adalah penyerahan Lesen Memandu ‘P’ Motosikal B2 kepada belia-beliawanis yanng telah mengikuti latihan praktikal menunggang motosikal  sekitar bulan feb hingga jun baru-baru ini.

Selain itu beberapa pengisian lain antaranya, acara gotong royong, sukaneka, perlawanan persahabatan bola sepak dan badminton masing-masing pada 14 dan 15 Ogos nanti. Lokasinya di Dewan Institut Perhutanan Sabah Telupid dan Padang Pekan Telupid.

Sebelah malam pada 15 Ogos pula acara jamuan hari raya yang dihoskan oleh JPJ Sandakan dan akan dihadiri oleh YB Datuk Seri Michael Asang, Pembantu Menteri Kewangan Sabah.

Program penutupan pula akan disempurnakan perasmiannya oleh YB Datuk Seri Ronald Kiandee, Timbalan Yang dipertua Dewan Rakyat Malaysia merangkap Ahli Parlimen Beluran.

Kita mengharapkan kehadiran orang ramai pada program berkenaan.

MESYUARAT PELANCARAN KEMPEN ANTI KUTU SAMPAH PERINGKAT DAERAH TELUPID 2014


Alhamdulillah pagi ini telah mempengerusikan Mesyuarat Penubuhan Jawatankuasa Pelancaran Kempen Anti Kutu Sampah Peringkat Daerah Telupid bagi tahun 2014. Mesyuarat diadakan di Bilik Mesyuarat Pejabat Daerah Telupid.

Terlebih dahulu, satu taklimat mengenai kempen ini telah disampaikan oleh Saudara Walter wakil daripada Majlis Daerah Beluran. Kebetulan MDB merupakan hos utama kepada pelaksanaan kempen ini.

Saya amat bersetuju, kerana sudah tiba masanya Daerah Telupid mesti bebas daripada sampah kerana ia adalah daerah yang sekian lama menjadi tempat persinggahan pengguna jalan raya. Daerah ini terletak di tengah-tengah  atau paling tepat laluan wajib pengguna jalanraya dari Daerah Ranau menuju ke Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Kunak, Lahad Datu, Semporna dan Tawau serta Tongod.

Justeru itu, perlunya daerah ini bebas sampah termasuk kutu sampah akan mengubah persepsi luar yang sebelum ini memandang negatif kebersihan di daerah ini.

Dengan adanya kempen ini, secara tidak langsung akan menjadi daya tarikan kepada pelawat luar datang bertandang ke Daerah Telupid untuk melancong ataupun menginap.

20140718_09205420140718_092059

“INTERNAL DISCUSSIONS” MEMBAIKI SISTEM PERFAILAN DAN GERAK KERJA


Alhamdulillah, pagi ini berdiskus bersama-sama dengan pegawai dan kakitangan pejabat Daerah Telupid untuk mencari solusi membaiki sistem perfailan dan gerak kerja dalaman.

Antara yang menjadi topik perbincangan:

Pertama: Sistem fail yang selama ini menggunakan nombor fail daerah kecil akan ditutup sekaligus bina lembaran baru dengan nombor fail daerah penuh. Sudah pasti yang terlibat dalam hal ini adalah kerani fail.

Kedua: Fail Meja dan Manual Prosedur Kerja. Selepas memperoleh status daerah penuh sudah pasti gerak kerja dalam FM dan MPK  juga akan berlaku sedikit perubahan. Justeru itu, hal ini juga dibincangkan supaya kelihatan lebih murni.

Ketiga: Carta Organisasi juga akan berlaku sedikit perubahan memandangkan Daerah ini telah mempunyai Pegawai Daerah sendiri. Ianya dibantu oleh dua orang Penolong Pegawai Daerah iaitu Penolong Pegawai Daerah Pembangunan dan Penolong Pegawai Daerah Pentadbiran. Termasuklah juga penyusunan staf sokongan di kedua-dua bahagian berkenaan.

Mudah-mudahan dengan pengemaskinian sistem dan gerakkerja ini akan melicinkan lagi perjalanan pentadbiran dan seterusnya memudahkan untuk mecapai misi serta visi yang telah ditetapkan.

20140717_11502820140717_10341720140717_103412

MESYUARAT TINDAKAN DAERAH TELUPID KALI KE-2


Alhamdulillah buat kali ke-2, Daerah Telupid mengadakan mesyuarat tindakan daerahnya sendiri sejak diisytiharkan menjadi sebuah daerah penuh tahun lepas.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Tuan Benedict Asmat selaku Pegawai Daerah Telupid telah membincangkan pelbagai isu dan perkara dengan satu harapan iaitu memajukan daerah ini setarap dengan daerah lain di seluruh Negeri Sabah.

Antara isu yang menjadi fokus perbincangan adalah permasalahan bekalan air bersih dan kampung-kampung yang masih belum mendapat bekalan elektrik.

Semoga mesyuarat ini kelak akan menjadi medan perbincangan pelbagai pihak demi memajukan daerah yang kian pesat membangun ini.

CYMERA_20140715_09420120140715_09380920140715_093724