MERDEKA RAYA PERINGKAT DAERAH TELUPID 2014


021

Alhamdulillah menghadiri untuk pertama kalinya Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan dan Kempen Mengibar Jalur Gemilang Peringkat Daerah Telupid bagi tahun 2014. Pada majlis ini juga Pejabat Daerah Telupid selitkan dengan Jamuan Raya. Makanya saya namakan sebagai Majlis Merdeka Raya 2014.

Saya mengucapkan setinggi penghargaan kepada semua yang hadir terdiri daripada ketua-ketua jabatan negeri dan persekutuan, ketua-ketua kampong, pengerusi-pengerusi JKKK, guru-guru sekolah, pelajar SMK Telupid dan juga semua orang ramai yang sudi hadir pada majlis berkenaan.

Penghargaan juga kepada wakil-wakil Yang Berhormat antaranya Saudara Abdul Rahman Datuk Haji Kongkawang yang mewakili YB Seri Panglima Datuk Michael Asang, Pembantu Menteri Kewangan Sabah merangkap ADUN N40 Labuk, Saudara Melton Martin yang mewakili YB Datuk Seri Roanld Kiandee, Rimbalan Speaker Dewan Rakyat.

Pada ucapan aluan, saya telah menyarankan agar supaya semua premis kerajaan, swasta, perniagaan serta rumah persendirian agar dapat mengibarkan Jalur Gemilang sebagai tanda paling minima untuk menunjukkan kecintaan terhadap negara.

InsyaAllah, diacara sambutan seumpama ini tahun depan beberapa acara akan diketengahkan bagi meraikan hari yang bersejarah tersebut.

Tahniah kepada semua yang terlibat menjayakan majlis ini.

04010608

MAKAN AMAL ALUMNI SUIS DAN SMU TAMBUNAN 2014


sui05

Alhamdulillah, petang ini berkunjung ke Daerah Tambunan untuk menghadiri Majlis Makan Amal anjuran ALUMNI SUIS dan SMU Tambunan untuk tahun 2014.

Pada majlis ini saya mengambil kesempatan beramah mesra dengan sahabat-sahabat yang pernah menimba ilmu di bangunan sekolah berkenaan.

Majlis yang serba ringkas namun cukup meriah ini dihadiri hampir 300 orang yang datang dari beberapa daerah seperti Daerah Ranau, Daerah Keningau dan Daerah Tambunan sendiri.

Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Ustazah Zubaidah Abdul Rahim dan guru-gurunya yang berjaya melaksanakan program ini sekalipun menghadapi kekangan masa dan tenaga.

InsyaAllah di masa hadapan buat yang terbaik.

       sui09sui06sui02sui01sui08sui07sui04sui03

PROGRAM SATU KOMUNITI SATU JPJ (SKSJ) PERINGKAT DAERAH TELUPID


SKSJ3

Sempat menghadiri Program Satu Komuniti Satu JPJ yang telah diadakan di Dewan Serbaguna Institut Perhutanan Sabah Telupid.

Pada program ini seramai 408 orang belia dan beliawanis sekitar Daerah Telupid telah menerima Lesen Motor B2 setelah menamatkan latihan masing-masing yang dijalankan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) Cawangan Sandakan.

Saya melihat kesungguhan pihak JPJ membantu para belia dan beliawanis di daerah ini untuk mendapatkan lesen motorsikal. Dengan program yang telah berjalan selama 3 bulan ini, sesungguhnya banyak membantu peserta terutama dari sudut masa dan kewangan untuk medapatkan lesen tersebut.

Perasmian program ini telah disempurnakan oleh YBhg Timbalan Ketua Pengarah JPJ Malaysia.

Syabas JPJ Sabah.

 IMG-20140817-WA0062 SKSJ2SKSJ

RAMAH MESRA AIDIL FITRI PEJABAT DAERAH TELUPID DENGAN JABATAN PENGANGKUTAN JALAN SABAH


Alhamdulillah sempat bersama-sama dengan para pegawai dan kakitangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ Sabah) pada Majlis Ramah Mesra Aidil Fitri 2014 bertempat di Dewan Lembayung Institut Perhutanan Sabah Daerah Telupid.

Majlis ini diadakan sempena Program Satu Komuniti Satu JPJ anjuran jabatan berkenaan. Program berkennaan akan dirasmikan esuknya oleh Ybhg Timbalan Ketua Pengarah JPJ Malaysia.

Antara yang hadir adalah ketua-ketua jabatan sekitar Daerah Telupid.

02sksj03sksj01sksj05sksj