velpicstitch20150815_204144

Setelah sekian lama tidak bersua, pada 15 Ogos 2015 Alumni SUIS Tambunan telah menganjurkan Majlis Aidil Fitri 2015 yang bertujuan untuk menghimbau semula kenangan bersama teman-teman seperjuangan.

Seramai 300 orang hadir pada majlis tersebut yang diserikan dengan tayangan video, ucapan mantan-mantan pelajar dan hadiah pengunjung bertuah.

Acara dimulakan dengan ucapan YDP Alumni SUIS Tambunan Tuan Haji Naim Majin dan seterusnya ucapan penghargaan daripada Guru Besar SUIS Tambunan Ustazah Hajah Zubaidah Abdul Rahim.