SETELAH 18 TAHUN MENINGGALKAN SHIBIN ELKOM, MENOFIAH EGYPT


bty

bdr

bmd

dav

bty

Setelah meninggalkan tempat ini sejak 18 tahun lalu, saya telah bersepakat dengan kawan-kawan untuk mengadakan ziarah khususnya kepada pensyarah yang pernah menabur ilmu kepada kami.

Syukur alhamdulillah, kami masih diberi kesempatan untuk bertemu dengan Prof. Dr Gamal Saed, Dr. Hatem, Prof. Dr Solah, Dr. Maher dan beberapa orang lagi. Mereka ini amat mesra dengan pelajar wafidin (orang asing). Semoga mereka terus diberikan kekuatan menabur ilmu kepada para mahasiswa di lembah nil.

CERITA BURJ KHALIFA DUBAI, UAE


Berpeluang singgah (transit) di Dubai iaitu ibukota kepada United Arab Emirates (UAE) sebelum bertolak ke Cairo. Memandangkan tempoh transit adalah selamat 12 jam, saya dan rombongan mengambil peluang untuk menaiki metro menuju ke Burj Khalifa.

Setakat ini, Burj Khalifa merupakan bangunan yang tertinggi di dunia dengan ketinggian 828 meter. Untuk mendapatkan maklumat terperinci mengenai Burj Khalifa ini sila lawat link berkenaan http://travel.kompas.com/read/2016/12/13/070200927/burj.khalifa.rekornya.tak.hanya.gedung.tertinggi.di.dunia .

By pustakaalghazali Posted in Lawatan

SETELAH 22 TAHUN


Alhamdulillah setelah berpisah selama 22 tahun, akhirnya ketemu juga dengan sahabat paling rapat iaitu Cikgu Azham Shaari ketika sama-sama belajar di SMUA (Arab) Pasir Mas, Kelantan (Kini Maahad Muhammadi Pasir Mas).

Cikgu Azham Shaari yang kini bertugas sebagai guru di sebuah sekolah di Kuala Lumpur telah melakukan lawatan ke Sabah bersama dengan beberapa pelajar penghuni Asrama 1Malaysia di bawah seliaannya.

Saya telah mengambil peluang untuk mempelawa beliau ke Daerah Tambunan untuk melawat tempat-tempat menarik sekitar daerah ini yang kebetulan sedang giat mempromosikan Tahun Melawat Tambunan 2017 (VTBN2017).

By pustakaalghazali Posted in Lawatan

BELIAU SEORANG YANG HUMBLE


Beliau seorang yang berjiwa rakyat. Seorang yang humble dan mudah didekati oleh segenap lapisan rakyat. Beliau juga mempunyai sifat kebapaan, yang sentiasa memberi pandangan dan teguran kepada ketua-ketua jabatan di bawah kawasan beliau. Beliau telah sudah masak dengan asam garam berpolitik selama lebih 40 tahun.

Semoga YB Tan Sri DSP Datuk Joseph Pairin Datuk Kitingan, Timbalan Ketua Menteri Sabah, Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah, Ahli Parlimen P180 Keningau dan ADUN N32 Tambunan agar terus diberi kesihatan untuk berkhidmat pada rakyat dan negeri ini.