PRODUK GENERASI PERTAMA SMUI TAMBUNAN


Teruja Dengan Kunjungan Dua Orang Mantan Pelajar SMU Tambunan Seingat Saya Tahun 2001/2002.

Mereka Adalah Pelajar Generasi Pertama SMU Tambunan Yang Di Usahakan Allahyarham Tuan Guru Haji Ahmad Darbi Lubis.

Generasi Ini Saya Ibaratkan Sebagai Generasi Emas Sebab Kesemua Batch Telah Berjaya Dan Mendapat Kerjaya Masing-Masing. Ada Yang Jadi Pensyarah, Peguam, Hakim Mahkamah, Pegawai JHEWA, Askar, Pegawai Kesihatan Dan Lain2 Lagi. Berkat Ilmu Guru2 Yang Mukhlisin.

Satu Saja Pesanan Saya Pada Mereka, Jangan Lupa Apa Yang DiPelajari Dulu2. Insya Allah Kita Nda Lupa Siapa Kita.

Terimakasih Tuan Khairul dan Tuan Addie. Saya Bangga Dengan Kalian Berdua.

Advertisements

MAJLIS AIDIL FITRI ALUMNI SUIS TAMBUNAN 2015


velpicstitch20150815_204144

Setelah sekian lama tidak bersua, pada 15 Ogos 2015 Alumni SUIS Tambunan telah menganjurkan Majlis Aidil Fitri 2015 yang bertujuan untuk menghimbau semula kenangan bersama teman-teman seperjuangan.

Seramai 300 orang hadir pada majlis tersebut yang diserikan dengan tayangan video, ucapan mantan-mantan pelajar dan hadiah pengunjung bertuah.

Acara dimulakan dengan ucapan YDP Alumni SUIS Tambunan Tuan Haji Naim Majin dan seterusnya ucapan penghargaan daripada Guru Besar SUIS Tambunan Ustazah Hajah Zubaidah Abdul Rahim.

DESTINASI PERTAMA DIKUNJUNGI


BB20150729_103939

Keesokan kembali daripada Majlis Penyerahan Nota Serahan Tugas di Pejabat Daerah Telupid, terus ke Daerah Tambunan untuk melapor diri kepada Pegawai Daerah Tambunan Tuan Thomas Logijin.

Seusai melapor diri, destinasi pertama yang dilawati adalah Sekolah Agama Negeri Sabah (SAN Pekan Tambunan). Saya pernah tinggal dan bersekolah di sini bemula tahun 1986 sehingga tahun 1990.

Sekolah ini cukup istimewa buat sesiapa sahaja yang pernah menimba ilmu di sini. Sekolah ini bagi saya ibarat bebutir berlian yang terdampar di tengah-tengah lautan samudera.

Justeru itu sebagai tanda solidariti, sekolah ini merupakan destinasi pertama yang wajib saya kunjungi.

InsyaAllah sesuatu perlu diusahakan untuk membantu sekolah ini. Saya lihat sekolah ini amat memerlukan sebuah dewan terbuka untuk tempat para pelajar berkreativiti selain tempat perhimpunan mingguan.

Terimakasih kepada Ustazah Hajah Zubaidah Abdul Rahim serta pelajar tahun enam di atas sambutan kedatangan saya.

Gambar saya abadikan bersama.   ..:)

 

MAKAN AMAL ALUMNI SUIS DAN SMU TAMBUNAN 2014


sui05

Alhamdulillah, petang ini berkunjung ke Daerah Tambunan untuk menghadiri Majlis Makan Amal anjuran ALUMNI SUIS dan SMU Tambunan untuk tahun 2014.

Pada majlis ini saya mengambil kesempatan beramah mesra dengan sahabat-sahabat yang pernah menimba ilmu di bangunan sekolah berkenaan.

Majlis yang serba ringkas namun cukup meriah ini dihadiri hampir 300 orang yang datang dari beberapa daerah seperti Daerah Ranau, Daerah Keningau dan Daerah Tambunan sendiri.

Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Ustazah Zubaidah Abdul Rahim dan guru-gurunya yang berjaya melaksanakan program ini sekalipun menghadapi kekangan masa dan tenaga.

InsyaAllah di masa hadapan buat yang terbaik.

       sui09sui06sui02sui01sui08sui07sui04sui03