MAJLIS TILAWAH PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KE-53


 

Advertisements

MELAWAT DEWAN SRI LIBARAN, SANDAKAN


Dewan Libaran Sandakan

Seawal jam 7.30 pagi, bersama dengan sahabat Tuan Haji Sotimin Sarun, Tuan Haji Hassan Wahab dan Ustaz Abdul Rahman Haji Talipuddin bertolak ke Sandakan menaiki pesawat Boieng 737.

Tujuannya untuk menyertai lawatan ke Dewan Sri Libaran dan seterusnya mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri yang dijangkan diadakan pada 29 April 2010.

Dewan yang cantik ini mampu menampung seramai 2000 orang dalam satu-satu masa. Malah menjadi tumpuan kerana hanya beberapa meter sahaja dengan jarak rumah kediaman Ketua Menteri Sabah.

Selepas mesyuarat kami berempat ke restoran yang terletak di kawasan Sim-Sim. Sim-Sim memang terkenal dengan keenakan ikan panggang.

Ini merupakan kali kedua saya ke lokasi ini sejak 2007, dimana ketika itu Daerah Sandakan merupakan tuan rumah Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW.

Selesai menunaikan tanggungjawab..

TAZKIRAH DWI BULANAN P&I


Alhamdulillah pagi tadi telah berlangsung majlis tazkirah dwi bulanan Bahagian Penyelidikan dan Informasi.

Tazkirah kali ini disampaikan oleh YM Ustaz Musally Moksin selaku big bos di bahagian ini.

Tazkirah berkisar mengenai keperluan menyampaikan ilmu walau sesikit mana pun, yang penting memberi manfaat kepada ummah.

SELAMAT MENUNAIKAN IBADAT HAJI


Abu Nuha sedang memimpin bacaan doa. tengah adalah Abang Jefri yang akan ke Mekah

Majlis doa yang ringkas daripada staf Bahagian Penyelidikan dan Informasi untuk mendoakan kesejahteraan perjalanan Abang Jefri Siman ke Mekah Al-Mukarramah.

Saya bagi pihak Abu Al-Ghazali Blog ingin mengucapkan selamat menunaikan Ibadat Haji kepada Abang Jefri Siman, yang akan ke Tanah Suci pada ahad ini.

Semoga beroleh haji yang mabrur. 

Sedang memilih juadah

By pustakaalghazali Posted in Bpi