PEMERGIANMU DITANGISI – ALLAHYARHAM DR. MAMDOUH AHMED AL-GHABBASYI


Mendapat perkhabaran bahawa guru kami Dr. Mamdouh Ahmed AlGhabbasyi telah meninggal dunia kelmarin. Beliau merupakan pensyarah Universiti Al-Azhar Shibin ElKom, Mesir yang amat dedikasi dan seorang yang amat rapat dengan pelajar Malaysia. Beliau seorang pakar dalam bidang Falsafah dan bidang teologi.

Semasa lawatan saya ke Mesir bulan Disember 2017, saya sempat bergambar dengan beliau dan pertemuan amat mesra. Tidak sangka kabar duka saya terima kelmarin.

Semoga Allahyarham dilimpahi rahmat.

Advertisements

SETELAH 18 TAHUN MENINGGALKAN SHIBIN ELKOM, MENOFIAH EGYPT


bty

bdr

bmd

dav

bty

Setelah meninggalkan tempat ini sejak 18 tahun lalu, saya telah bersepakat dengan kawan-kawan untuk mengadakan ziarah khususnya kepada pensyarah yang pernah menabur ilmu kepada kami.

Syukur alhamdulillah, kami masih diberi kesempatan untuk bertemu dengan Prof. Dr Gamal Saed, Dr. Hatem, Prof. Dr Solah, Dr. Maher dan beberapa orang lagi. Mereka ini amat mesra dengan pelajar wafidin (orang asing). Semoga mereka terus diberikan kekuatan menabur ilmu kepada para mahasiswa di lembah nil.

KURSUS PRA PERKAHWINAN DAERAH TAMBUNAN 2015


PRA20151216_164912-1 PRA20151216_165030-1

Saya mengucapakan setinggi-tinggi syabas dan tahniah kepada Pejabat Hal Ehwal Agama Islam Daerah Tambunan kerana dengan jaya dapat menganjurkan Kursus Pra Perkahwinan (MBKPPI) yang diadakan selama 2 hari bertempat di Dewan TRCC Tambunan.

Seramai 80 orang yang terdiri daripada belia dan beliawanis sekitar Daerah Tambunan telah menyertai kursus yang menitikberatkan persediaan-persediaan asas sebelum dan ketika mendirikan rumahtangga.

Saya menyarankan agar kursus seumpama ini dapat diteruskan sekerap mungkin di daerah ini. Ataupun sekurang-kurangnya 3 kali dalam setahun.

PROGRAM SEPANJANG BULAN RAMADAHAN DI DAERAH TELUPID


velpicstitch20150710_074929

Alhamdulillah, bersama rakan-rakan Ahli Jawatankuasa Badan Dakwah Daerah Telupid telah melaksanakan beberapa program sepanjang bulan ramadhan tahun 2015.

Antara kampung yang sempat diadakan Program Ihya Ramadhan adalah Kampung Wonod, Kampung Tupang, Pekan Telupid dan beberapa lagi kampung di sekitar pinggir pekan.

Sekalung penghargaan kepada pihak JHEAINS Sabah di atas sumbangan kewangan untuk melaksanakan program tahunan ini.