KURSUS PRA PERKAHWINAN DAERAH TAMBUNAN 2015


PRA20151216_164912-1 PRA20151216_165030-1

Saya mengucapakan setinggi-tinggi syabas dan tahniah kepada Pejabat Hal Ehwal Agama Islam Daerah Tambunan kerana dengan jaya dapat menganjurkan Kursus Pra Perkahwinan (MBKPPI) yang diadakan selama 2 hari bertempat di Dewan TRCC Tambunan.

Seramai 80 orang yang terdiri daripada belia dan beliawanis sekitar Daerah Tambunan telah menyertai kursus yang menitikberatkan persediaan-persediaan asas sebelum dan ketika mendirikan rumahtangga.

Saya menyarankan agar kursus seumpama ini dapat diteruskan sekerap mungkin di daerah ini. Ataupun sekurang-kurangnya 3 kali dalam setahun.

Advertisements

MAJLIS SUKANEKA TADIKA PINTAR CAHAYAKU CEMERLANG


velpicstitch20150830_215508

Sempat menghadiri Majlis Sukaneka anjuran Tadika Pintar Cahayaku Cemerlang Daerah Keningau yang di adakan di Perkarangan Bangunan Kraftangan Keningau.

Penganjuran sukaneka ini amatlah dialu-alukan untuk mengeratkan ikatan silatarurahim di kalangan ibubapa dan anak selain merapatkan permuafakatan di kalangan ibubabapa dengan pihak pentadbir sekolah.

Terimakasih kepada pihak TPCC kerana memberi peluang kepada saya untuk menyampaikan hadiah pemenang kepada para pelajar yang menyertai majlis tersebut.

SUNGAI MELOUT TAMBUNAN: ANUGERAH TUHAN YANG TIDAK TERNILAI


Sempena cuti raya tahun ini, saya mengambil kesempatan balik ke kampung halaman. Kampung yang menyimpan banyak nostalgia suka dan duka semasa kanak-kanak.

Kampung Melout, Kirokot Tambunan yang dulu didiami ramai warganya kini kian sepi. Ramai telah berhijrah ke merata tempat seperti Pekan Tambunan, Daerah Keningau, Daerah Tenom malah ke Daerah Papar dan Beaufort.
Namun, Alhamdulillah generasi kami masih kekal di kampung berkenaan.

Suatu yang paling dirindui mantan-mantan penduduk di kampung ini adalah sungainya. Sungai yang bersih, jernih, sejuk dan mendamaikan seakan-akan menarik semula generasi kembali ke lembah ini. Sememangnya penuh dengan nostalgia.

Syukur Alhamdulillah, sungai yang dianugerahkan oleh Allah SWT ini masih dalam keadaan semulajadi sekali pernah pun wujud pembalakan di bahagian ulu suatu ketika dulu. Kini kembali seperti asal.

Semoga sungai ini terus dipelihara jadi warisan generasi yang akan datang.

IMG-20140802-WA0004IMG-20140802-WA0008IMG-20140802-WA0029IMG-20140802-WA0018IMG-20140802-WA0015IMG-20140805-WA0049

RINDU SUASANA KAMPUNG


Sudah sekian lama tidak menjejakkan kaki ke sawah. Saya menjangkakan sudah hampir 15 tahun tidak memegang tugal menanam anak padi bersama-sama dengan orang kampung.

Rindu dengan suasana itu, saya meluangkan masa ke sawah melihat saudara adik beradik membantu bonda menanam anak padi di sawah yang luasnya tidaklah seberapa.

Teringat kisah lampau, sawah inilah yang banyak berjasa kepada kami sekeluarga. Apa tidaknya tanah sekengkang kera ini menjadi nadi bagi keluarga kampung ini menuai hasil yang hanya menghasilkan padi dua kali setahun. Terimakasih Ya Allah!

Jarak perjalanan dari rumah ke sawah adalah sekitar 0.25 km. Cukup untuk mengeluarkan peluh. Namun saya sudah biasa dengan perjalanan sejauh itu, tambahan pula jalannya dinaungi dengan pokok-pokok rimbun. Cukup selesa.

Sepanjang perjalanan hingga ke kawasan sawah saya sempat merakamkan panorama ini sebagai kenang-kenangan…:)