MENYANTUNI MANGSA BENCANA ALAM


Bersama Dengan Ketua-Ketua Jabatan Negeri Serta Pejabat UPPM Melawat Rumah-Rumah Yang Rosak Akibat Tiupan Angin Kencang Petang Kelmarin.

Sempat Titipkan Semangat Supaya Bersabar Dengan Dugaan Kecil Ini. InsyaAllah Pejabat Daerah Tambunan Dan Agensi Terlibat Akan Selaraskan Bantuan Yang Patut Secepat Mungkin.

Advertisements

PROGRAM SATU KOMUNITI SATU JPJ (SKSJ) PERINGKAT DAERAH TELUPID


SKSJ3

Sempat menghadiri Program Satu Komuniti Satu JPJ yang telah diadakan di Dewan Serbaguna Institut Perhutanan Sabah Telupid.

Pada program ini seramai 408 orang belia dan beliawanis sekitar Daerah Telupid telah menerima Lesen Motor B2 setelah menamatkan latihan masing-masing yang dijalankan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) Cawangan Sandakan.

Saya melihat kesungguhan pihak JPJ membantu para belia dan beliawanis di daerah ini untuk mendapatkan lesen motorsikal. Dengan program yang telah berjalan selama 3 bulan ini, sesungguhnya banyak membantu peserta terutama dari sudut masa dan kewangan untuk medapatkan lesen tersebut.

Perasmian program ini telah disempurnakan oleh YBhg Timbalan Ketua Pengarah JPJ Malaysia.

Syabas JPJ Sabah.

 IMG-20140817-WA0062 SKSJ2SKSJ

MESYUARAT PELAKSANAAN PUSAT TRANSFORMASI KOMUNITI BERGERAK (MOBILE CTC) PERINGKAT DAERAH TELUPID


20140417_12275220140417_13384420140417_13451520140417_140659

Hari ini mesyuarat mengenai pelaksanaan Pusat Transformasi Komuniti Bergerak (Mobile CTC) Peringkat Daerah Telupid yang dijangka akan diadakan pada bulan ogos ini.

Mesyuarat telah dipengerusikan bersama oleh Tuan Benedict Asmat selaku Pegawai Daerah Telupid dan Encik Jackson Taguah selaku Timbalan Pengarah Perbendaharaan Negeri Sabah.

Pada mesyuarat berkenaan hadirin telah diberikan taklimat oleh Encik Jackson mengenai kepentingan Pusat Transformasi Komuniti Bergerak (Mobile CTC) yang akan diadakan kelak. Antara kepentingannya adalah:-

Memberikan perkhidmatan yang diperlukan kepada penduduk luar bandar atau komuniti pedalaman, bagi mempamerkan kesungguhan kerajaan dalam membawa kesejahteraan kepada Rakyat.

Dimana Mobile CTC merangkumi 5 komponen utama :
1. Menyediakan perkhidmatan.
2. Memberi penerangan serta kesedaran kepada Rakyat mengenai Dasar, Program dan aktiviti Kerajaan melalui Kementerian dan Agensi Kerajaan.
3. Menyediakan peluang keusahawanan kepada penduduk tempatan ketika program berlangsung.
4. Menyediakan platform untuk membolehkan bantuan Kerajaan disalurkan terus kepada kumpulan sasaran.
5. Menghimpunkan Rakyat pelbagai peringkat dan kaum untuk bersukan, bersosial dan bersukarelawan demi meningkatkan kesejahteraan Rakyat.

Beliau juga menjelaskan bahawa pelaksanaan program ini merupakan julung-julung kali diadakan di Negeri Sabah dan Daerah Telupid menjadi lokasi perintis kepada daerah-daerah lain.