PERBINCANGAN BERSAMA AUDIT NEGERI SABAH


IMG-20140915-WA0007

Alhamdulillah, hari ini saya bersama beberapa pegawai daripada Pejabat Daerah Telupid telah  berkunjung ke Pejabat Audit Negeri Sabah di Wisma MUIS Kota Kinabalu.

Kunjungan ini adalah untuk membincangkan beberapa perkara mengenai teguran audit sebelum ini. Antara teguran yang disentuh termasuklah mengenai proses kerja harian, surat perwakilan kuasa, wang hasil dan sebagainya.

Kedatangan kami telah disambut penuh mesra oleh pegawai audit dan alhamdulillah semua persoalan dapat di rungkai dengan lebih jelas.

Saya melihat, sudah sampai dan tiba masanya pejabat kami akan bekerja keras untuk mencapat standard star rating yang diperkenalkan oleh pihak audit. Apatahlagi daerah ini telah menjadi daerah penuh, sekaligus mampu berdiri sebaris dengan daerah yang lain di Negeri Sabah. InsyaAllah.

 IMG-20140915-WA0008 IMG-20140915-WA0009 IMG-20140915-WA0010 IMG-20140915-WA0011

Advertisements

MENGAJAR KAMBING BERENANG


Hari ini sekitar jam 6.00 pagi saya sekali lagi ke Tawau atas urusan rasmi. Kali ini bersama beberapa kawan-kawan sepejabat dari Kota Kinabalu. Seperti biasa pengangkutan adalah dengan penerbangan Malaysian Airlines System.

Selama berada di atas awan yang memakan masa sekitar 45 minit, kawan sebelah saya sempat bercerita mengenai kisah seorang pengidap penyakit darah tinggi yang mengajar kambing berenang!

Oleh kerana kisah ini menarik perhatian saya, maka saya abadikan dalam laman blog ini untuk dijadikan bahan renungan tentang pengajaran di sebalik kisah tersebut.

Kisahnya lebih kurang begini!

Seorang lelaki telah berjumpa dengan seorang doktor. Dalam perjumpaan itu, doktor mendapati beliau menghidapi penyakit darah tinggi. Beliau dinasihatkan supaya tidak memakan makanan yang berlemak seperti daging lembu dan kambing.

“Kamu hanya boleh memakan daging binatang yang pandai berenang’, kata doktor pada beliau.

Sebelum pulang, doktor telah membuat temujanji agar beliau datang semula pada minggu berikutnya.

Masa yang dijanjikan telah pun tiba, namun kelibat beliau datang hadir tidak kelihatan. Doktor yang merasa hairan mengambil keputusan untuk berkunjung ke rumahnya.

Setibanya di rumah beliau kelihatan isterinya sedang menyapu halaman. Doktor berkenaan bertanya, dimanakah suaminya.

“Dia berada di belakang rumah’, kata isterinya sambil mengiringi doktor menuju belakang rumah.

Setibanya di belakang rumah, doktor mendapati suami wanita tadi sedang mandi dalam kolam bersama seekor kambing!

Doktor yang terkejut dengan gelagat suami itu, bertanya apa yang sedang di buatnya.

“Hai Tuan Doktor, saya sedang mengajar kambing berenang supaya saya boleh makan dagingnya nanti!”, jawab suami wanita tadi dengan selamba.

Apa pengajaran yang boleh kita perolehi dari kisah ini. Sila tampilkan komen!