PROGRAM SEPANJANG BULAN RAMADAHAN DI DAERAH TELUPID


velpicstitch20150710_074929

Alhamdulillah, bersama rakan-rakan Ahli Jawatankuasa Badan Dakwah Daerah Telupid telah melaksanakan beberapa program sepanjang bulan ramadhan tahun 2015.

Antara kampung yang sempat diadakan Program Ihya Ramadhan adalah Kampung Wonod, Kampung Tupang, Pekan Telupid dan beberapa lagi kampung di sekitar pinggir pekan.

Sekalung penghargaan kepada pihak JHEAINS Sabah di atas sumbangan kewangan untuk melaksanakan program tahunan ini.

PELANCARAN TAMU PEKAN PAITAN


20140610_082015

Hadir atas kapasiti wakil Pegawai Daerah Telupid ke Majlis Pelancaran Tamu Pekan Paitan. Majlis pelancaran ini disempurnakan oleh YB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah.

Daerah Kecil Paitan mengambil masa hampir 3 jam perjalanan daripada Daerah Telupid. Daerah Kecil ini masih di bawah pentadbiran Pejabat Daerah Beluran dalam semua bidang termasuk urusan tanah dan juga majlis daerah.

Pada majlis berkenaan Tamu Pekan Paitan telah dilancarkan dan lokasinya berhampiran dengan Pejabat Urusetia Daerah Kecil Paitan.

Saya difahamkan majlis ini merupakan majlis yang penuh bersejarah kerana dengan pelaksanaan tamu ini yang julung-julang kali diadakan akan membawa impak ekonomi kepada masyarakat sekitar daerah ini. Masyarakat  setempat akan memasarkan produk mereka untuk jualan.

Tamu ini akan diadakan setiap 10-11 haribulan setiap bulan bertepatan dengan musim gajian pekerja estet/ladang akan membolehkan pekerja ini berbelanja di tamu berkenaan.

Saya secara peribadi mengharapkan masyarakat setempat mengambil peluang untuk berjual di tamu ini untuk meningkatkan sosioekonomi mereka. Tambahan pula pihak Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan telah menjanjikan untuk menaik taraf kawasan tamu, Pentas Rakyat dan Dewan Serbaguna Pekan Paitan.

20140610_10420320140610_12171820140610_12172520140610_12174220140610_12185320140610_12192520140610_121947

 

KENANGAN DENGAN KAK HAJAH SHARIFAH NADRAH EL-YAFIE


jag3jag1

Setelah beberapa tahun meninggalkan Daerah Tambunan, Kak Hajah Sharifah Nadrah El-Yafi (nama panggilan mesra Kak Ifah) sekali lagi berkunjung ke daerah ini. Beliau yang merupakan balu kepada Allahyarham Tuan Guru Haji Ahmad Darbi Lubis yang telah meninggal dunia pada 14 Julai 2009.

Kehadiran beliau ke Daerah Tambunan telah disambut oleh kenalan dan anak-anak murid Allahyarham Tuan Guru. Pertemuan yang cukup mesra ini yang diadakan di Dewan Sekolah Ugama Islam Sabah Pekan Tambunan.

Terdahulu daripada itu Ustazah Hajah Zubaidah Abdul Rahim, Guru Besar SUIS Tambunan dan Ustaz Haji Naim Majin selaku Pengerusi Persatuan ALUMNI SUIS Pekan Tambunan telah menyampaikan ucapan alu-aluan masing-masing.

Dalam pertemuan itu juga saya telah menyampaikan ucapan takziah di atas kembalinya ke rahmatullah ibu tersayang beliau beberapa bulan sebelum itu.

Dalam kenangan:
(1). http://abunuha.wordpress.com/2009/07/15/sekitar-penyelenggaraan-janazah-allahyarham-tuan-guru-ustaz-hj-ahmad-darbi-lubis/
(2). http://abunuha.wordpress.com/2009/07/14/ustaz-hj-ahmad-darbi-lubis-kembali-ke-rahmatullah/
(3). http://edu4u.edublogs.org/2012/12/01/pertemuan-pertama-dan-terakhir-almarhum-tuan-guru-ustaz-haji-ahmad-darbi-lubis/
(4). http://www.youtube.com/watch?v=5dXvMioAql0

KAMPUNG KIPORING YANG INDAH


Hadir ke Majlis Perasmian Surau di Kampung Kiporing. Kampung yang terletak lebih kurang 60 kilometer dari Pekan Tambunan.

Perasmian surau telah disempurnakan oleh Ybhg. Datuk Haji Amri A. Suratman, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah.

Sebelum majlis perasmian surau, satu program anjuran Jabatan Kemajuan Islam Sabah (JAKIM) iaitu program Ziarah Mahabbah. Program ini sarat dengan pengisian seperti ceramah agama, soal jawab agama dan diakhiri dengan penyampaian sumbangan kepada penerima yang berhak.

20131006_10493020131006_10471720131006_10304920131006_120856