KAMPUNG KIPORING YANG INDAH


Hadir ke Majlis Perasmian Surau di Kampung Kiporing. Kampung yang terletak lebih kurang 60 kilometer dari Pekan Tambunan.

Perasmian surau telah disempurnakan oleh Ybhg. Datuk Haji Amri A. Suratman, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah.

Sebelum majlis perasmian surau, satu program anjuran Jabatan Kemajuan Islam Sabah (JAKIM) iaitu program Ziarah Mahabbah. Program ini sarat dengan pengisian seperti ceramah agama, soal jawab agama dan diakhiri dengan penyampaian sumbangan kepada penerima yang berhak.

20131006_10493020131006_10471720131006_10304920131006_120856

Advertisements

SEKITAR AKTIVITI SOLAT SUNAT AIDIL ADHA DAN MAJLIS QURBAN DI SURAU KAMPUNG MELOUT, TAMBUNAN


Alhamdulillah selesai menunaikan solat sunat Aidil Adha untuk tahun 1432/2011 tahun ini.

Seperti solat sunat Aidil Fitri baru-baru ini, solat sunat Aidil Adha diadakan di surau Kampung Kirokot Melout. Syukur, setiap sudut di penuhi oleh jemaah muslimin dan muslimat yang hadir meskipun cuaca kurang baik.

Solat sunat di pimpin oleh sahabat saya Sdr Mustafa Malisin. Khutbah beliau berkisar mengenai perpaduan serta kesatuan ummah. Tidak lupa pesanan mengenai pentingnya hidup beragama sesuai dengan syariat Allah swt.

Seperkara yang umat di sini syukuri adalah dengan sumbangan seekor lembu daripada dermawan yang ingin melihat saudara semuslim merasai nikmat aidil adha.

Sehubungan dengan itu, umat muslimin di tiga buah kampung iaitu Kampung Kirokot Melout, Kampung Tampasak Liwan dan Kampung Tonop ingin mengucapkan syukur dan penghargaan pada Ustaz Abdul Imam Basirun, Ustaz Sakaria Samela dan Yadim Sabah yang di ketuai Tuan Samin Ongki di atas sumbangan lembu qurban tersebut.

Daging qurban telah diagih-agihkan kepada 40 ketua keluarga di sekitar kampung tersebut.

ZIARAH SAUDARA SEAQIDAH DI KAMPUNG TONOP, TAMBUNAN


Bersama-sama dengan sahabat akrab, Ustaz Akub Baba menuju ke Kampung Tonop yang terletak sekitar 20km daripada Pekan Tambunan. Kampung ini terletak di tepi jalan besar menuju ke Daerah Ranau.

Kehadiran ini adalah bagi melengkapkan lawatan ajk USIA Tambunan pada kesekian cawangan yang wujud. Maklumlah USIA Tambunan mempunyai cawangan sebanyak 15 buah mengikut kampung di seluruh Daerah Tambunan.

Alhamdulillah, setibanya di sana kelihatan komuniti umat muslimin dan muslimat sudah menunggu lebih awal. Difahamkan ada yang datang dari jauh antaranya kampung Tampasak Liwan, Kampung Tiang, Kampung Puntingabai dan Kampung Kirokot.

Syabas pada sdr Jasrin Sipai yang telah bertungkus lumus menyediakan apa yang sewajarnya. Beliau merupakan antara penggerak USIA di cawangan berkenaan.

Syabas juga pada sahabat saya sdr Azmi Sidik, Ustaz Zaki Laumin, Kak Hajah Nursuhana Abdullah, Ust Salehuddin Rusinin, Ustaz Akub Baba dan ajk yang lain kerana punyai ruh perjuangan yang tidak pernah lentur.

Seusai majlis berbuka puasa, majlis seterusnya dimulakan dengan tazkirah yang di sampaikan oleh Ustaz Salehuddin, selaku ketua biro dakwah USIA Tambunan. Tazkirah panjang lebar banyak menyentuh mengenai kesedaran beragama, mengenai ramadhan dan mengenai kewajipan solat lima waktu.

Sebelum itu, saya sempat berbicara mengenai peranan USIA Tambunan dari dulu sehingga kini. Sekalung penghargaan pada para pejuang dan pendokong  USIA terdahulu kerana antara penyumbang kemasukan nur Islam di Daerah ini.

Seusai menunaikan solat Isya dan Terawih, sahabat seperjuangan iaitu Imam Daerah mengumumkan nama-nama penerima bantuan zakat di kalangan asnaf fakir miskin dan mualaf.

Sesungguhnya, saya amat berbangga mereka yang meskipun baru sahaja memeluk agama ini namun sudah menunjukkan kecintaan terhadap pengamalan agamanya. Alhamdulillah, inilah yang terjadi di kampung ini.

Saya berdoa, semoga sahabat-sahabat seperjuangan tidak akan luntur jiwanya dalam mendekati saudara baru ini. Mereka perlukan belaian bimbingan dan kasih ukhuwah sejati.