KURSUS PENYUNTINGAN VIDEO NON LINEAR DIGITAL


Untuk kesekian kalinya, hadir ke Kuala Lumpur Hotel Brisdale, untuk menimba ilmu  kursus penyuntingan video yang diadakan pada 28 hingga 30 Julai 2011.

Kursus selama 3 hari telah memberi peluang kepada peserta mempelajari teknik penggambaran untuk penyuntingan dan teknik Penyuntingan video non linear.

Pak Maill Pengajar yang berpengalaman 30 tahun telah mengendalikan kursus ini secara tiori dan praktikal.

KELEBIHAN DRUPAL VERSI 6.0


Encik Bakri tidak lokek dengan ilmu yang dimilikinya

Bengkel bermula sekitar jam 8.30 malam. Sebelum itu didahului dengan perkenalan diri di kalangan peserta bengkel.

Bengkel anjuran Angkatan Seni Foto Negeri Selangor ini (ASFONS) ini merupakan salah satu bengkel yang memang diminati orang ramai.

Antara bengkel yang akan dilaksanakan adalah Bengkel Seni Foto, Bengkel Dokumenteri, Bengkel Video Koprat, Bengkel Laman Web dan Bengkel Membuat Laporan.

Pada bengkel selama 4 hari 3 malam ini, kami dibimbing oleh Encik Bakri yang sememangnya pakar dalam bidang IT. Beliau yang berasal dari Negeri Perlis namun menetap di Negeri Selangor.

————

Bengkel berkisar pada penggunaan Drupal versi 6.00 sebagai medium untuk menghasilkan templet sebagai paparan blog dan laman web. Kecanggihan Drupal setanding dengan kecanggihan yang dimiliki oleh Jomlaa. Namun, pada saya kedua-duanya saling bersaing antara  satu sama lain.

 Menguasai Drupal versi 6.0 sebagai medium untuk meghasilkan laman web yang menarik adalah amat tepat.

(Artikel akan datang memperincikan kegunaan Drupak versi 6.0)

 

Tekun menyiapkan tugasan

Urus Setia Bengkel yang sedang dijalankan

MENJADI PAKAR MEMBUAT LAMAN WEB


Anda mahu tergolong dalam kalangan orang yang pakar membuat laman web? Sebenarnya membuat laman web tidaklah sepayah sebagaimana dijangka. Anda cuma berusaha sedikit. Maksud saya, yang payahnya adalah bagaimana menjadikan laman web tersebut orang suka melayari.

Perkara asas yang perlu diketahui apa bila berbicara dengan laman web adalah apa itu HOSTING dan DOMAIN.

Saya simpulkan secara ringkas, HOSTING adalah tapak untuk kita membina domain. Kalau dalam gambaran mudah hosting adalah bangunan atau tapak kedai. Manakala DOMAIN adalah nama yang kita berikan pada kedai tersebut. Contohnya, nama kedai adalah Pustaka Al-Ghazali, jadi pada domainnya adalah pustakaalghazali.wordpress.com.

Hosting dan Domain perlu dibeli. Kecuali memiliki laman yang percuma seperti saya. Apa pun saya telah pun berjaya membina beberapa laman web yang hosting dan domainnya berbayar.

Apa bila kita mahu memiliki laman web sendiri maka kita hendaklah perlu memiliki perisian untuk menghantar dokumen-dokumen ke hosting.

Pada ruangan ini saya kongsi perisian yang selalu saya gunakan iaitu File Zilla yang bertindak sebagai FTP (File Transfer Protocol).

FTP