MAJLIS ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG (MAPC) SMK TELUPID BAGI TAHUN 2013


1

Hadir mewakili YB Datuk Seri Panglima Michael Asang, Pembantu Menteri Kewangan Sabah untuk merasmikan Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang (MAPC) SMK Telupid bagi tahun 2013 bertempat di Dewan Serbaguna sekolah berkenaan.

Saya amat berbangga dengan sekolah ini yang mana bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik malahan cemerlang dalam bidang kokurikulum. Umpamanya, sekolah ini banyak melahirkan pelajar yang aktif dalam sukan sehingga mewakili bukan setakat Negeri Sabah malah Negara Malaysia.

Sekalung penghargaan kepada Tuan Pengetua, Sdr Rukimin Sulit dan semua warga pendidiknya kerana cemerlang dalam menjalankan tugas masing-masing. Tanpa kepimpinan jitu pengetuanya tidak mungkin sekolah mencapai tahap kecemerlangan yang dibanggakan.

Begitu juga dengan ibubapa, saya menyarankan agar jadikanlah Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) sebagai satu platfom utama dalam mencari kesepakatan dengan pentadbiran sekolah demi kecemerlangan anak-anak.

Sejujurnya saya katakan tanpa kesepakatan kata dan tindakan ini, misi dan visi sekolah berkenaan tidak akan tercapai. Justeru itu saya secara peribadi amat berbangga dengan Pengerusi PIBG SMK Telupid, Sdr Ibrahim Masdik yang dedikasi menjalankan tugasnya. Tahniah

234gg678910

 

SEMOGA SAHABATKU DIBERI KEKUATAN UNTUK MENGEMUDI USIA BAHAGIAN TAMBUNAN


Antara gembira dalam  sedih ketika berlaku peralihan amanah sebagai Ketua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) Bahagian Tambunan kepada sahabatku sdr Azmi Haji Sidik.

Gembiranya, sejak memegang amanah ini selama 6 tahun bermula 2006-2012 bolehlah saya katakan ada beberapa tindakan yang dilaksanakan bersama sahabat lain telah mengembalikan nama USIA di bahagian ini ke jiwa masyarakat muslim Tambunan.

Pertubuhan ini pada mutaakhir telah menarik minat belia dan beliawanis berkecimpung bersama dalam dakwah Islamiah. Buktinya,boleh dikatakan rata-rata barisan pimpinannya terdiri daripada mereka yang berumur di bawah 40 tahun.

Kewujudan pejabat serta pembatntu tadbir secara kekal juga telah melicinkan lagi pentadbiran seharian.

Sedihnya, apabila tidak lagi bersama-sama dengan sahabat seperjuangan di Peringkat Bahagian ini.

—————

Apa yang saya harapkan adalah, semoga sahabat saya Sdr Azmi Haji Sidik dengan dibantu oleh Cikgu Tajudin Mohd Ali dan  Cikgu Aziz Raimin serta AJKnya agar terus bekerja dengan seikhlasnya demi masyarakat muslim setempat.

Didoakan kalian agar diberi kekuatan oleh Allah SWT untuk terus menggalas amanahNya sekalipun berhadapan dengan tribulasi dan mehnah yang datang bertali arus.

Saya dapati kini pimpinan USIA Bahagian Tambunan kian matang dalam menghadapi apa jua isu dan situasi. Kebijaksanaan dan Hikmah kian terserlah dalam apa jua keadaan. Alhamdulillah.

Harapanku pada Ketua Belia USIA Tambunan yang baru, sahabatku Ustaz Suhaidi Ag Damit. Harapan yang amat tinggi diletakkan pada bahu saudara memimpin belia muslim di daerah ini.

Ambilah inisiatif yang kreatif dan inovatif menarik mereka agar cinta pada gerakan dakwah Islamiah khususnya di daerah ini.

Percayalah kekuatan kita terletak pada mereka untuk 20 tahun malah 100 tahun akan datang!

SALAM AIDIL FITRI 1432H – MAAF ZAHIR BATIN KU PINTA DARI SAHABAT SEMUA


Di Hari Lebaran 1432H ini, saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Menyambut Aidil Fitri buat sahabat Facebook dan Blog Abu Al-Ghazali.

Justeru itu, saya dengan rendah diri, ikhlas dan penuh keinsafan  memohon maaf kalau sekiranya ada di antara sahabat yang terguris jiwa dan perasaannya lantaran kesilapan dan kesalahan yang berlaku sama ada sengaja ataupun tidak disengajakan.

” S  A  L  A  M   A  I  D  I  L   F  I  T  R  I   1  4  3  2  H “