MAJLIS TILAWAH DAN FESTIVAL KESENIAN PERINGKAT DAERAH TELUPID 2014


IMG_4926IMG_4847IMG_4801

Hadir untuk mengiringi YB Datuk Haji Sairin Haji Karno, Naib Yang DiPertua USIA Pusat merangkap Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah untuk merasmikan Majlis Tilawah Al-Quran dan Festival Kesenian Islam Peringkat Daerah Telupid.

Pada ucapan perasmian YB Datuk Haji Sairin, beliau telah menekankan mengenai perlunya pembudayaan membaca dan menghayati intipati Kitab Al-Quran seterusnya menjelmakannya dalam kehidupan seharian.

Majlis yang diadakan di Perkarangan Masjid Derah Telupid itu telah dihadir sekitar 100 orang yang terdiri daripada ketua-ketua jabatan dan orang ramai.

Sebelum itu, Pengerusi Jawatankuasa Badan Dakwah Daerah Telupid Sdr Khamsah Sulaiman menjelaskan bahawa majlis berkenaan merupakan rutin bagi menyemarakkan lagi program-program keagamaan di daerah berkenaan.

Komentar:

InsyaAllah beberapa acara dan program akan disusun rapi bagi mengimarahkan lagi peranan masjid daerah ini. Apa yang penting adalah menyusun JK Badan Dakwah agar  dapat berfungsi dengan lebih teratur dan berkesan.

KEMBARA KE PULAU BANGGI,SABAH – BAHAGIAN KEDUA


Sekitar jam 7.00 pagi krew pameran yang ditempatkan di Rest House Pulau Banggi bertunkus lumus memunggah peralatan pameran ke lori sebelum bertolak ke Kampung Padang. Jarak Kampung Padang dengan Pekan Karakit adalah sekitar 25 KM.

Krew dikabarkan perjalan ke Kampung Padang kini telah beraspal sepenuhnya berbanding sebelum ini kecuali jalan sepanjang 5 KM. Kabar tersebut melegakan hati sahabat lain yang terpaksa duduk di belakang lori . Sekurang-kurangnya tidaklah bertahan dengan debu jalan yang berterbangan.

Sebelum bertolak, sempat bersarapan di sebuah warung berdekatan jeti. Terimakasih kepada Pak Imam Malik atas sponsor sarapan.

Sebenarnya, pameran jabatan ini diadakan di pulau ini sempena Majlis Tilawah Al-Quran dan Festival Kesenian Islam Peringkat Daerah Banggi. Juga, merupakan pameran pertama kali jabatan ini di pulau 3 kali ganda besar Pulau Labuan.

Lebih menarik, penganjuran majlis peringkat daerah ini tahun ini diadakan di luar Pekan Daerah iaitu Kampung Padang. Ternyata kaedah ini menarik ramai orang kampung datang memeriahkan majlis berkenaan. Majlis tersebut dirasmikan oleh YB Datuk Mijul Unaini, Wakil Rakyat N.1 Banggi.

Difahamkan kebanyakan penduduk Pulau Banggi terdiri daripada suku Bajau Ubian di samping Suku Dusun Bonggi dan beberapa suku lain.

Tahniah kepada Saudara Aliudin Haji Onon, Penolong Pegawai Daerah Banggi serta jawatankuasanya di atas kejayaan penganjuran majlis ini.

PERKHIDMATAN TEKSI SABAH-SARAWAK-BRUNEI DI KUALA LUMPUR


Semasa menghadiri Festival Nasyid Peringkat Kebangsaan (FNK) di PICC Putrajaya pada 29-30 Oktober 2009 tempohari kami menghadapi sedikit masaalah dari segi pengangkutan.

Pengangkutan peserta tidak bermasaalah kerana pihak JAKIM ada menyediakannya. Yang masaalahnya adalah pihak urusetia dari Sabah dan pegawai lain.

Pada hari pertama, terpaksalah menyewa teksi ulang alik dari Bandaraya Kuala Lumpur ke Putrajaya. Malah ada yang terpaksa menaiki LRT dari Masjid Jamek kemudiannya menaiki teksi untuk sampai ke PICC Putrajaya.

Sebagai usaha agar semua kumpulan dapat bersama, maka tercetuslah idea untuk menyewa van.

Kebetulan terjumpa seorang pakcik asal dari Sabah. Namanya Pakcik Awang Damit, berasal dari Kota Belud Sabah. Beliau sudah berada dan menetap di sini selama hampir 20 tahun. Malah telahpun berkeluarga dengan orang Kuala Lumpur.

Beliau mempunyai Syarikat Pengangkutan iaitu diberi nama Syarikat Tok Perak Trading Transport & Agency Sdn. Bhd dan Tok Perak Management Sdn. Bhd dimana beliau adalah Managing Director syarikat berkenaan.

Beliau mempunyai sekitar 7 buah Van Persiaran dan juga teksi yang kesemuanya menggunakan jenama perkhidmatan teksi Sabah-Sarawak-Brunei…J. Semangat beliau wajar dicontohi!

Pada hari kedua FNK kami tidak mempunyai sebarang masaalah kerana beliau sendiri memandu untuk kami!

Yang menariknya anda akan terkejut bilamana terserampak Van Persiaran dan Teksi Sewa tertera pada cermin hadapan dan pintu depan perkataan Taxi Services Customer Services Sabah, Sarawak dan Brunei.

Good Services Sabah, Sarawak, Brunei

Kabarnya juga hujung tahun depan, syarikat beliau akan menyiapkan sebuah hotel yang mana kelak akan menjadi pilihan warga dari Sabah-Sarawak dan Brunei. Sudah semestinya menjadi alternative kepada Hotel Palace yang sentiasa penuh dengan warga borneoJ. Semoga usaha beliau berjalan lancar.

Kepada kawan-kawan yang ingin ke KL ramai-ramai dan memerlukan khidmat syarikat ini sila berhubung dengan Pakcik Awang di talian 019-6448227, 019-2446568 dan 016-2895858.

Tak sangka ada pengangkutan Sabah ke Sarawak ke Brunei di Bandaraya Kuala Lumpur

 

Taxi Services for Borneo Transport di Kuala Lumpur

Tuan Haji Hassan dan Abdillah bergambar di hadapan Borneo Transport