DESTINASI PERTAMA DIKUNJUNGI


BB20150729_103939

Keesokan kembali daripada Majlis Penyerahan Nota Serahan Tugas di Pejabat Daerah Telupid, terus ke Daerah Tambunan untuk melapor diri kepada Pegawai Daerah Tambunan Tuan Thomas Logijin.

Seusai melapor diri, destinasi pertama yang dilawati adalah Sekolah Agama Negeri Sabah (SAN Pekan Tambunan). Saya pernah tinggal dan bersekolah di sini bemula tahun 1986 sehingga tahun 1990.

Sekolah ini cukup istimewa buat sesiapa sahaja yang pernah menimba ilmu di sini. Sekolah ini bagi saya ibarat bebutir berlian yang terdampar di tengah-tengah lautan samudera.

Justeru itu sebagai tanda solidariti, sekolah ini merupakan destinasi pertama yang wajib saya kunjungi.

InsyaAllah sesuatu perlu diusahakan untuk membantu sekolah ini. Saya lihat sekolah ini amat memerlukan sebuah dewan terbuka untuk tempat para pelajar berkreativiti selain tempat perhimpunan mingguan.

Terimakasih kepada Ustazah Hajah Zubaidah Abdul Rahim serta pelajar tahun enam di atas sambutan kedatangan saya.

Gambar saya abadikan bersama.   ..:)

 

SUASANA KERJA BARU


AA20150731_110917-1

Bismilllahirahmaanirrahim,

Alhamdulillah hari 31 Julai 2015, saya menyerahkan nota tugas Penolong Pegawai Daerah kepada pegawai baru Tuan Syahrin Samsir. Beliau sebelum ini merupakan pegawai di Pejabat Hasil Bumi Kota Kinabalu.

Saya akan bertugas Sebagai Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) di Pejabat Daerah Tambunan.

Selama setahun enam bulan bertugas sebagai Penolong Pegawai Daerah (Pentadbiran) di Pejabat Daerah Telupid, banyak pengalaman telah dikecapi.

Saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Tuan Benedict Asmat selaku Pegawai Daerah Telupid yang banyak memberi tunjuk ajar serta panduan sepanjang bertugas di Daerah Telupid. Tidak lupa juga kepada para kakitangan yang sentiasa memberikan kerjasama jitu.

PROGRAM SEPANJANG BULAN RAMADAHAN DI DAERAH TELUPID


velpicstitch20150710_074929

Alhamdulillah, bersama rakan-rakan Ahli Jawatankuasa Badan Dakwah Daerah Telupid telah melaksanakan beberapa program sepanjang bulan ramadhan tahun 2015.

Antara kampung yang sempat diadakan Program Ihya Ramadhan adalah Kampung Wonod, Kampung Tupang, Pekan Telupid dan beberapa lagi kampung di sekitar pinggir pekan.

Sekalung penghargaan kepada pihak JHEAINS Sabah di atas sumbangan kewangan untuk melaksanakan program tahunan ini.

PERBINCANGAN BERSAMA AUDIT NEGERI SABAH


IMG-20140915-WA0007

Alhamdulillah, hari ini saya bersama beberapa pegawai daripada Pejabat Daerah Telupid telah  berkunjung ke Pejabat Audit Negeri Sabah di Wisma MUIS Kota Kinabalu.

Kunjungan ini adalah untuk membincangkan beberapa perkara mengenai teguran audit sebelum ini. Antara teguran yang disentuh termasuklah mengenai proses kerja harian, surat perwakilan kuasa, wang hasil dan sebagainya.

Kedatangan kami telah disambut penuh mesra oleh pegawai audit dan alhamdulillah semua persoalan dapat di rungkai dengan lebih jelas.

Saya melihat, sudah sampai dan tiba masanya pejabat kami akan bekerja keras untuk mencapat standard star rating yang diperkenalkan oleh pihak audit. Apatahlagi daerah ini telah menjadi daerah penuh, sekaligus mampu berdiri sebaris dengan daerah yang lain di Negeri Sabah. InsyaAllah.

 IMG-20140915-WA0008 IMG-20140915-WA0009 IMG-20140915-WA0010 IMG-20140915-WA0011