MAJLIS SUKANEKA TADIKA PINTAR CAHAYAKU CEMERLANG


velpicstitch20150830_215508

Sempat menghadiri Majlis Sukaneka anjuran Tadika Pintar Cahayaku Cemerlang Daerah Keningau yang di adakan di Perkarangan Bangunan Kraftangan Keningau.

Penganjuran sukaneka ini amatlah dialu-alukan untuk mengeratkan ikatan silatarurahim di kalangan ibubapa dan anak selain merapatkan permuafakatan di kalangan ibubabapa dengan pihak pentadbir sekolah.

Terimakasih kepada pihak TPCC kerana memberi peluang kepada saya untuk menyampaikan hadiah pemenang kepada para pelajar yang menyertai majlis tersebut.

Advertisements

SUASANA KERJA BARU


AA20150731_110917-1

Bismilllahirahmaanirrahim,

Alhamdulillah hari 31 Julai 2015, saya menyerahkan nota tugas Penolong Pegawai Daerah kepada pegawai baru Tuan Syahrin Samsir. Beliau sebelum ini merupakan pegawai di Pejabat Hasil Bumi Kota Kinabalu.

Saya akan bertugas Sebagai Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) di Pejabat Daerah Tambunan.

Selama setahun enam bulan bertugas sebagai Penolong Pegawai Daerah (Pentadbiran) di Pejabat Daerah Telupid, banyak pengalaman telah dikecapi.

Saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Tuan Benedict Asmat selaku Pegawai Daerah Telupid yang banyak memberi tunjuk ajar serta panduan sepanjang bertugas di Daerah Telupid. Tidak lupa juga kepada para kakitangan yang sentiasa memberikan kerjasama jitu.

PERBINCANGAN BERSAMA AUDIT NEGERI SABAH


IMG-20140915-WA0007

Alhamdulillah, hari ini saya bersama beberapa pegawai daripada Pejabat Daerah Telupid telah  berkunjung ke Pejabat Audit Negeri Sabah di Wisma MUIS Kota Kinabalu.

Kunjungan ini adalah untuk membincangkan beberapa perkara mengenai teguran audit sebelum ini. Antara teguran yang disentuh termasuklah mengenai proses kerja harian, surat perwakilan kuasa, wang hasil dan sebagainya.

Kedatangan kami telah disambut penuh mesra oleh pegawai audit dan alhamdulillah semua persoalan dapat di rungkai dengan lebih jelas.

Saya melihat, sudah sampai dan tiba masanya pejabat kami akan bekerja keras untuk mencapat standard star rating yang diperkenalkan oleh pihak audit. Apatahlagi daerah ini telah menjadi daerah penuh, sekaligus mampu berdiri sebaris dengan daerah yang lain di Negeri Sabah. InsyaAllah.

 IMG-20140915-WA0008 IMG-20140915-WA0009 IMG-20140915-WA0010 IMG-20140915-WA0011

MAJLIS HARI BERSAMA PELANGGAN DAN PENYAMPAIAN SIJIL PENGHARGAAN PESARA DAERAH SANDAKAN


IMG-20140910-WA0009

Hari ini saya telah hadir ke Majlis Hari Bersama Pelanggan dan Penyampaian Sijil Penghargaan Pesara Daerah Sandakan yang diadakan di Sabah Hotel Sandakan.

Bagi Majlis Bersama Pelanggan, satu taklimat dan amanat telah disampaikan oleh YBhg Datuk Haji Nordin Siman, Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (JPAN).

Beliau menekankan beberapa aspek pembudayaan kerja yang wajar dilakukan oleh setiap penjawat awam di Negeri Sabah. Salah satu perkara yang beliau tekankan adalah soal kreativiti dan inovasi dalam usaha menyediakan khidmat kepada masyarakat awam. Beliau menegaskan bahawa zaman sekarang masayarakat sudah bijak, sehubungan dengan itu setiap keputusan dari penjawat awam perlu cepat, telus dan benar.

Masyarakat kini memerlukan penjawat awam yang cepat bertindak selain tindakan yang meyakinkan mereka. JUSTERU itu kata beliau penjawat awam perlulah sentiasa meningkatkan keupayaan dari masa kesemasa termasuk mengubah sistem kerja yang agak ketinggalan dan menyusahkan rakyat.

Selepas ucapan beliau, satu ceramah motivasi yang telah di sampaikan oleh sahabat saya Ustaz Malai Ali Malai Ahmad, Pengarah Mawaddah Konsultan yang terlibat dalam penganjuran kursus-kursus, motivasi dan sebagainya.

Disebelah tengahari pula, seramai 50 orang pesara kakitangan awam diraikan dengan penyampaian sijil penghargaan yang telah disampaikan oleh Yang Berhormat Datuk Haji Mohamad Ariffin Mohd Arif, Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri.

IMG-20140910-WA0008

IMG-20140909-WA0046  20140909_114841 20140909_114848