MERDEKA RAYA PERINGKAT DAERAH TELUPID 2014


021

Alhamdulillah menghadiri untuk pertama kalinya Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan dan Kempen Mengibar Jalur Gemilang Peringkat Daerah Telupid bagi tahun 2014. Pada majlis ini juga Pejabat Daerah Telupid selitkan dengan Jamuan Raya. Makanya saya namakan sebagai Majlis Merdeka Raya 2014.

Saya mengucapkan setinggi penghargaan kepada semua yang hadir terdiri daripada ketua-ketua jabatan negeri dan persekutuan, ketua-ketua kampong, pengerusi-pengerusi JKKK, guru-guru sekolah, pelajar SMK Telupid dan juga semua orang ramai yang sudi hadir pada majlis berkenaan.

Penghargaan juga kepada wakil-wakil Yang Berhormat antaranya Saudara Abdul Rahman Datuk Haji Kongkawang yang mewakili YB Seri Panglima Datuk Michael Asang, Pembantu Menteri Kewangan Sabah merangkap ADUN N40 Labuk, Saudara Melton Martin yang mewakili YB Datuk Seri Roanld Kiandee, Rimbalan Speaker Dewan Rakyat.

Pada ucapan aluan, saya telah menyarankan agar supaya semua premis kerajaan, swasta, perniagaan serta rumah persendirian agar dapat mengibarkan Jalur Gemilang sebagai tanda paling minima untuk menunjukkan kecintaan terhadap negara.

InsyaAllah, diacara sambutan seumpama ini tahun depan beberapa acara akan diketengahkan bagi meraikan hari yang bersejarah tersebut.

Tahniah kepada semua yang terlibat menjayakan majlis ini.

04010608

Advertisements

RAMAH MESRA AIDIL FITRI PEJABAT DAERAH TELUPID DENGAN JABATAN PENGANGKUTAN JALAN SABAH


Alhamdulillah sempat bersama-sama dengan para pegawai dan kakitangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ Sabah) pada Majlis Ramah Mesra Aidil Fitri 2014 bertempat di Dewan Lembayung Institut Perhutanan Sabah Daerah Telupid.

Majlis ini diadakan sempena Program Satu Komuniti Satu JPJ anjuran jabatan berkenaan. Program berkennaan akan dirasmikan esuknya oleh Ybhg Timbalan Ketua Pengarah JPJ Malaysia.

Antara yang hadir adalah ketua-ketua jabatan sekitar Daerah Telupid.

02sksj03sksj01sksj05sksj

BERAYA DI RUMAH USTAZ LOKMAN LUBIS


Seperti lazimnya, setiap kali menjelangnya hari lebaran pasti akan bertandang ke rumah Ustaz Lokman Lubis.

Beliau merupakan adik kepada Allahyarham Tuan Guru Haji Ahmad Darbi Lubis.

Rumah beliau yang terletak berhampiran dengan Kampung Merampong, Keningau  sentiasa penuh dengan kunjungan kenalan terutama di kalangan anak-anak murid dan sahabat handai.

Kehadiran kami pada syawal keenam kira bernasib baik kerana tetamu ketika itu belum ramai.

Alhamdulillah, bersama sahabat Ustaz Maarof Hamzah, Ustaz Saimin Jamirin, Sdr Khairul Joumi dan beberapa sahabat lain datang berpakat.

Kebetulan semuanya adalah bekas pelajar SUIS Pekan Tambunan.

Dalam pertemuan itu, berkesempatan juga berbincang untuk melaksanakan Sambutan Jubli Emas warga alumni SUIS Tambunan.

Apa pun kesimpulannya, sudah ada perancangan dan strategi untuk melaksanakannya.

Namun pada saya, PROFIL SEJARAH SUIS DAN KEGEMILANGANNYA saya siapkan dulu agar sambutan lebih bermakna.