KEM HIJRAH REMAJA ISLAM TAMBUNAN { HIJRI 2011}


Saya cukup bangga dengan usaha sahabat perjuangan, Ustazah Norjannah Rusinin yang banyak mengepalai program-program pengisian untuk remaja muslim dan muslimah sekitar daerah Tambunan.

Sekalung tahniah juga kepada pegawai dan staf dibawah seliaan beliau  yang banyak membantu menjayakan aktiviti.

Tengahari tadi, telah berakhirnya Program Kem Hijrah Remaja Islam Tambunan atau Hijri 2011 setelah berlangsung selama 3 hari 2 malam dimana telah berpusat di Masjid Nurul Iman Daerah Tambunan.

Beliau telah mengepalai program tahunan ini dengan dibantu oleh sahabat-sahabat dari pelbagai pihak yang prihatin antaranya di kalangan guru-guru SMK Tambunan, SMK Nambayan, SMK Gerakan Daya Wawasan Garas, SMK Sook, Pensyarah Maktab Perguruan Keningau dan beberapa graduan daripada Madinan Universiti dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Hampir 70 orang peserta menyertai program yang sarat dengan pengisian penting untuk membentuk peribadi dan moral tahap tinggi di kalangan peserta. Kali ini remaja di 3 buah sekolah iaitu SMK Daya Wawasan Garas, SMK Tambunan dan SMK Nambayan mengambil bahagian dalam program ini.

Sekalung tahniah juga kepada Ustaz Idris, Ustaz Hata, Ustaz Rizan dan beberapa sahabat lain yang bertungkus lumus menjayakan program ini.

Ketika sesi pemurnian, rata-rata peserta mahukan program seumpama ini diteruskan bukan sahaja berbentuk tahunan malah setiap kali cuti sekolah. Mereka berpendapat daripada membuang masa pada tempat tidak berfaedah lebih baik di isi dengan program berbentuk kerohanian.

Antara aktiviti baru yang saya kira menarik adalah bilamana peserta remaja2  ini dengan semangatnya mengedarkan risalah-risalah jemputan kepada masyarakat muslim sekitar pekan tambunan untuk hadir mendengar ceramah yang disampaikan oleh YM Sdr Ayob Abdullah daripada Sarawak.

Di akhir sesi, kita berharap program ini mendapat peruntukan yang lebih besar untuk pengisian yang lebih mantap. 

ELAKKAN DARIPADA BERLAKU PERCAMPURAN LELAKI DAN PEREMPUAN


Sudah lama rasanya tidak mengupdate blog ini. Banyak isu namun terhadang dengan tugasan lain.

Apapun, dikesempatan ini saya ingin berkongsi dengan sahabat pembaca sekalian mengenai percampuran bebas di kalangan adik-adik kita yang sedang menuntut sama ada di IPTA, IPTS atau pun di mana-mana.

Pada pemerhatian saya, pihak yang mengurus pelajar-pelajar IPTA dan IPTS perlu mengambil perhatian berat mengenai percampuran lelaki dan perempuan ketika mengendalikan penempatan terutama di asrama mahu pun rumah sewa.

Perlu bagi pihak berkenaan mengambil inisiatif sebaiknya untuk mengasingkan penempatan lelaki dan perempuan.

Tujuannya hanya satu, menjaga kehormatan anak-anak gadis agar tidak terdedah dengan gejala yang tidak sihat.

Saya percaya walaupun ada saja gejala sosial wujud meskipun berlakunya pemisahan ini, namun percayalah sekurang-kurangnya salah satu daya dan usaha ke arah mengurangkan gejala ini telah pun kita lakukan.

Ibu bapa yang berada nun jauh di desa tidak mengetahui apa yang berlaku dengan adik-adik kita yang berada di kota untuk menuntut ilmu.

Sekian untuk diambil iktibar semua.

BERBAKTI PADA TANAH: MOTIVASI BUAT ANAK-ANAK MUDA


7 November 2010, bersama dengan sahabat Akub dan anak buah Mohd Redhuan ke Kampung Kota Ayangan.

Sebenarnya pada hujung minggu begini, bukan senang untuk dapatkan masa dan ruang bersama-sama dengan kengkawan. Apatah lagi masing-masing punya komitmen sama ada untuk keluarga mahupun komitmen dengan lain-lain aktiviti.

Kebetulan, hujung minggu ini saya mempunyai seketika masa berjumpa dengan sahabat saya, saudara akub.

Beliau yang bertugas di Daerah Keningau merupakan sahabat saya ketika sama-sama belajar di Semenanjung dan seterusnya ketika sama-sama menuntut di seberang sana..:)

Tanpa sebarang perancangan rapi di atas kertas, dan hanya sekadar memenuhi masa lapang kami merancang memajukan sebidang tanah milik beliau yang berkeluasan seekar itu.

Orang kata, daripada belum bertanam … buat sementara waktu baik berbuat sesuatu yang kelak MUNGKIN akan mendatangkan hasil. Maka timbullah idea dan buah fikiran mengisi tanah sebidang ini dengan tanaman pokok pisang rebus.

Sebenarnya, idea ini terbit setelah mendapat suntikan semangat daripada sahabat yang memang di kenali ramai di Daerah Keningau..siapa tidak kenal dengan Tuan Haji Masmin Kadad.

Kini, usaha ini hampir berumur sebulan. ………..:) saya tunggu lapan bulan dari sekarang, apa akan jadi dengan 100 pokok pisang yang kami tanam.

……………. sahabat di luar sana ada yang mau tempah buahnya ke……:)….laaa tidak perlu beli, nanti kami bagi percuma saja bah.. tunggu lapan bulan dari sekarang!

Buat remaja belia/beliawanis di luar sana, mana-mana yang ada tanah kosong tu , usahakanlah. Tidak rugi pun..yang penting di rancang baik-baik.

JEJAK BELIA USIA TAMBUNAN: FUTSAL SEBAGAI PERMULAAN


Seawal jam 7. 00 pagi Sabtu, bertolak dari Kota Kinabalu menuju ke Daerah Tambunan. Kehadiran kali ini adalah untuk melancarkan Pertandingan Futsal Belia USIA Tambunan anjuran Ketua Belia USIA Tambunan, Saudara Mohd. Zaki Laumin.

Semasa Ketua Belia memberikan taklimat,disingkap antara objektif penganjuran pertandingan ini adalah:-

a. Memupuk semangat mahabbah warga belia dengan menyertai aktiviti sihat;

b. Menambahkan keahlian USIA Tambunan di kalangan belia.

Sebelum permainan dimulakan, sempat diutarakan saranan agar belia dapat bersama-sama dengan USIA Tambunan untuk mencapai misi dan visi yang sedia terlakar.

Saya yakin semangat Belia Muslim Tambunan mampu membuat sesuatu jika tautan ukhuwah terus terjalin.

Pada pertandingan itu, sebanyak 10 pasukan bertanding. Iaitu;-

1. Pasukan Kuma FC (USIA Cawangan Kumawanan),

2. Pasukan Team USIA ( AJK Belia Tambunan)

3. Pasukan Bambaras (USIA Cawangan Kipaku)

4. Pasukan Bambaras 2 (USIA Cawangan Kipaku dan Pekan)

5. Pasukan Kitau FC (USIA Cawangan Kitau)

6. Pasukan Liwan`s FC (USIA Cawangan Pekan)

7. Pasukan Patau FC (USIA Cawangan Patau)

8. Pasukan Nukakatan FC (USIA Cawangan Nukakatan)

9. Pasukan Wanan FC (USIA Cawangan Kumawanan)

10. Pasukan Bambarayon FC

Keputusan kemenangan diperolehi oleh Pasukan Kuma FC, sementara Pasukan Liwan, Bambaras 2 dan Pasukan Bambaras masing pada tempat 2,3 dan keempat.

Syabas AJK Belia USIA Tambunan atas penganjuran yang sempurna.

Ketua Belia sedang memberikan taklimat

Merasmikan pertandingan Futsal USIA Tambunan

Bergambar bersama peserta

Bersama dengan Blogger Abu Miftah