SUNGAI MELOUT TAMBUNAN: ANUGERAH TUHAN YANG TIDAK TERNILAI


Sempena cuti raya tahun ini, saya mengambil kesempatan balik ke kampung halaman. Kampung yang menyimpan banyak nostalgia suka dan duka semasa kanak-kanak.

Kampung Melout, Kirokot Tambunan yang dulu didiami ramai warganya kini kian sepi. Ramai telah berhijrah ke merata tempat seperti Pekan Tambunan, Daerah Keningau, Daerah Tenom malah ke Daerah Papar dan Beaufort.
Namun, Alhamdulillah generasi kami masih kekal di kampung berkenaan.

Suatu yang paling dirindui mantan-mantan penduduk di kampung ini adalah sungainya. Sungai yang bersih, jernih, sejuk dan mendamaikan seakan-akan menarik semula generasi kembali ke lembah ini. Sememangnya penuh dengan nostalgia.

Syukur Alhamdulillah, sungai yang dianugerahkan oleh Allah SWT ini masih dalam keadaan semulajadi sekali pernah pun wujud pembalakan di bahagian ulu suatu ketika dulu. Kini kembali seperti asal.

Semoga sungai ini terus dipelihara jadi warisan generasi yang akan datang.

IMG-20140802-WA0004IMG-20140802-WA0008IMG-20140802-WA0029IMG-20140802-WA0018IMG-20140802-WA0015IMG-20140805-WA0049

Advertisements

SAKAG


Logo SAKAG

Sekembali daripada bermesyuarat di Kuala Lumpur, saya bergegas ke Daerah Keningau sekitar jam 6.oo petang dan tiba 3 jam kemudian.

Hari ini, diadakan sambutan hari keluarga kali ke-6 oleh Persatuan Keluarga Dusun Karanaan Liwan Sabah atau dalam bahasa etniknya Koisaan Sinakagon Dusun Karanaan Liwan Sabah atau ringkasnya SAKAG.

Secara ringkasnya, SAKAG adalah satu persatuan keluarga yang menghimpunkan semua anak-anak cucu yang datang dari 15 moyang.

Dalam 15 moyang ini, keluarga saya merupakan salah satunya.

Walaupun persatuan ini telah wujud sejak 16 tahun lalu, namun saya belum berjaya merungkai dan mengkajinya secara menyeluruh.

Difahamkan buku telah dicetak pada tahun 2000 dengan memuatkan salsilah keturunan keluarga ini. Sedikit masa saya akan dapatkan buku ini.

Pada ucapan presiden SAKAG, dinyatakan jumlah ahli keluarga ini pada tahun 2000 adalah lebih daripada 5000 orang. Bermakna, tahun 2010 ahlinya sudah pasti bertambah.

Antara orang-orang kenamaan yang termasuk dalam keluarga SAKAG ini adalah, YB. Datuk Frankie Chong, YB Datuk Justin Guka, YB Datuk Pairin Kitingan dan ramai lagi.

Apa yang saya harapkan, biarlah mereka yang mempunyai jawatan ini sesekali cuba membantu ahli-ahli yang masih dirundung kemiskinan dan kejahilan.

Meskipun ramai di kalangan ahli keluarga ini yang berjawatan profesional namun tidak dinafikan masih ramai yang ketinggalan jauh di belakang sana samaada soal ekonomi mahupun pendidikan.

20 Mac 2010 ini  mesyuarat Agung SAKAG, saya menyeru ahli agar memilih yang terbaik untuk dijadikan sandaran mengubah nasib ahli SAKAG ini!. Datanglah ramai untuk memilih pemimpin.

Bantu Membantu

By pustakaalghazali Posted in Sakag