SEMOGA PAK CIK AMRAN BEROLEH KESEMBUHAN


Bersama-sama dengan sahabat saya Ustaz Akob Baba menziarahi orang yang paling rapat persahabatan suatu ketika dulu yang kini terlantar di rumahnya.

Suatu ketika semasa bertugas di Daerah Keningau Pak Cik Amran @ Amparang Abdullah merupakan salah seorang amil zakat yang bertugas di Kampung Ansip.

Beliau antara amil yang cukup amanah dalam menjalankan tugasannya.

Sepanjang berada di Keningau, beliau juga adalah Pengerusi Masjid Kampung Ansip dan amat mengambil berat mengenai hal ehwal urusan keagamaan di sana.

Saya meluangkan masa untuk melawat beliau pada ahad lalu dan keadaannya cukup jauh berbeza berbanding 7 tahun lalu. Beliau yangberumur sekitar 68 tahun agak kelihatan lemah di sebabkan serangan angin ahmar yang menyerang beliau sejurus kembali dari mengerjakan ibadat fardhu haji di Mekah.

Sepanjang ziarah, saya meminta Ustaz Akob menggunakan pengalamannya untuk membuat sedikit urutan ringan sambil bercerita dengan beliau.

Semoga Pak Cik Amran diberi kekuatan Allah SWT untuk terus mendapatkan kesembuhan.

Kepada sahabat lain yang mengenali beliau, silalah meluangkan masa untuk melawat dan mendoakan kesejahteraannya. InsyaAllah.

Advertisements

BANGGA DENGAN KEBERTANGGUNGJAWABAN WARGA MALAYSIA DI MESIR


Saya masih berbicara mengenai situasi di Mesir. Setiap detik mengadap laptop ingin mengetahui keadaan semasa di sana. TV pula tidak lekang untuk mendengar berita.

Seperti yang saya katakan dalam entri sebelum ini, bagi yang pernah ke sana tentu akan lebih merasa suasana yang sedang berlaku. Sekali pun sudah bertahun-tahun balik  ke negara ini.

* Dalam keadaan yang cukup genting di Mesir, antara yang menjadi perhatian adalah nasib warga Malaysia yang terdiri daripada pelajar dan pekerja di sana.

Bangga juga sebab masih ada berita terkini disajikan walau pun bersifat amatur bentuknya. Setiap keadaan dilaporkan dengan segera meskipun berhadapan dengan koniktiviti media yang tergendala.

Warga kita yang mengendalikan blog kecemasan http://krisismesirnasibrakyatkita.blogspot.com/ banyak memberikan maklumat kepada keluarga warga yang berada di Malaysia juga di Mesir.

Keputusan kerajaan Malaysia mengambil tindakan dengan menghantar kapal laut serta kapal terbang ke Mesir untuk membawa keluar warga Malaysia suatu tindakan amat tepat.

Kita mengharapkan warga Malaysia terus bersiap sedia dan sentiasa mematuhi arahan semasa daripada pihak yang bertanggungjawab.

DOAKAN KESELAMATAN BUAT RAKYAT KITA DI MESIR


Berita mengenai rusuhan dan tunjuk perasaan (muzaharat) besar-besaran di Negara Mesir telah mengejutkan dunia.

Keadaan ini bukan sahaja berlaku di Mesir malah telah merebak ke negara Asia Barat lain, sebelumnya berlaku di Negara Tunisia.

Sebagai individu yang pernah singgah sebenatar di negara ini, saya memahami apa yang berlaku. Saya memahami apa yang terpendam /terbuku dalam jiwa rakyat Mesir. Sesiapa sahaja yang pernah ke sana, insyaAllah akan tahu apa yang menyebabkan rakyatnya bangun menentang pemerintah tunggal.

Sesiapa yang pernah singgah di Mesir juga akan tahu betapa orang-orang arab afrika ini mempunyai keberanian luar biasa. Apakan tidak, negara ini sudah berapa kali berperang dengan Israel Laknatullah.

! Jadi sejarah banyak mengajar mereka menjadi berani berhadapan dengan situasi mencabar.

! Rakyat kita, kebanyakkannya pelajar yang menuntut dalam pelbagai ilmu dan universiti. Dianggarkan 11 ribu orang.

Kita doakan mereka semoga berada dalam keselamatan tanpa terkesan dengan muzaharat ini.

Mungkin ada baiknya diadakan solat hajat di seluruh masjid/surau seluruh negara bagi merafakkan  doa keselamatan buat anak-anak kita di sana.

TIDAK MUDAH DILUPAKAN


Selasa lepas (15 Februari 2010) saya singgah ke Pekan Tambunan sebelum ke Kota Kinabalu.

Terasa tiada apa-apa yang besar dilakukan, saya singgah sebentar di Masjid Daerah Tambunan. Maklumlah dah 2 minggu tidak berkunjung ke masjid ini.

Saya mengambil peluang memasuki perkarangan rumah kediaman arwah Tuan Guru Haji Ahmad darbi Lubis.

Sedih dan sayu melihat keadaan rumah yang pernah menjadi kunjungan ramai suatu ketika dulu.  Sekitar tahun 1986-1989, saya sendiri selalu ke rumah ini sama ada atas urusan gotong royong mahupun urusan pelajar pelajaran.

Di rumah inilah, setamatnya peperiksaan darjah 6 SUIS untuk sijil Ibtidaie, saya dan sahabat lain berkerja keras berguru dengan Allahyarham untuk menamatkan pelajaran Isim 14 dan pelajaran berkaitan kaedah-kaedah bahasa arab pada saat-saat akhir untuk melanjutkan pelajaran ke Kelantan.

Maka tidak hairanlah, bilamana sampai ke Kelantan, saya dan tujuh orang kawan terus dinaikkan ke Tingkatan 4. Bayangkan hanya dengan belajar di SUIS Tambunan, sudah berkebolehan meletakkan baris pada kalimah arab yang tidak berbaris:).

Sesuatu yang paling saya tidak lupakan!

Mana sudah hilang sahabat saya Ahmad Sahidi Dulasin (kini cikgu), Sailin Nasin (kini juruteknik), Ramli Ruslan (kini Ustaz) dan lain-lain.

Alhamdulillah, yang saya pasti semua yang pernah berguru di rumah Allahyarham selepas Solat Isyak semua sudah berjaya!.

Kini rumah berkenaan lengang.

Namun berita terkini yang diperolehi, sementara rumah tersebut belum didiami maka ia akan digunakan sebagai pusat aktiviti USIA Bahagian Tambunan. Terutamanya berkaitan pengajian dan pembelajaran.

Saya telah perolehi banyak bahan untuk membukukan perjalanan hidup Allahyarham untuk tatapan generasi mendatang. Doakan semuanya sukses.