KENANGAN DENGAN KAK HAJAH SHARIFAH NADRAH EL-YAFIE


jag3jag1

Setelah beberapa tahun meninggalkan Daerah Tambunan, Kak Hajah Sharifah Nadrah El-Yafi (nama panggilan mesra Kak Ifah) sekali lagi berkunjung ke daerah ini. Beliau yang merupakan balu kepada Allahyarham Tuan Guru Haji Ahmad Darbi Lubis yang telah meninggal dunia pada 14 Julai 2009.

Kehadiran beliau ke Daerah Tambunan telah disambut oleh kenalan dan anak-anak murid Allahyarham Tuan Guru. Pertemuan yang cukup mesra ini yang diadakan di Dewan Sekolah Ugama Islam Sabah Pekan Tambunan.

Terdahulu daripada itu Ustazah Hajah Zubaidah Abdul Rahim, Guru Besar SUIS Tambunan dan Ustaz Haji Naim Majin selaku Pengerusi Persatuan ALUMNI SUIS Pekan Tambunan telah menyampaikan ucapan alu-aluan masing-masing.

Dalam pertemuan itu juga saya telah menyampaikan ucapan takziah di atas kembalinya ke rahmatullah ibu tersayang beliau beberapa bulan sebelum itu.

Dalam kenangan:
(1). http://abunuha.wordpress.com/2009/07/15/sekitar-penyelenggaraan-janazah-allahyarham-tuan-guru-ustaz-hj-ahmad-darbi-lubis/
(2). http://abunuha.wordpress.com/2009/07/14/ustaz-hj-ahmad-darbi-lubis-kembali-ke-rahmatullah/
(3). http://edu4u.edublogs.org/2012/12/01/pertemuan-pertama-dan-terakhir-almarhum-tuan-guru-ustaz-haji-ahmad-darbi-lubis/
(4). http://www.youtube.com/watch?v=5dXvMioAql0

DOA UNTUK ARWAH KAK ROHANA HASHIM


Mengejutkan, pada ahad 07 Februari 2010 berita pemergian Kak Rohana Hashim ke pangkuan rahmat Allah SWT.

Beliau merupakan staf di Bahagian Pendidikan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) dan telah berkhidmat di jabatan ini sejak tahun 1970`an.

Ramai yang tidak percaya dengan pemergian beliau. Beberapa hari sebelum itu, kelihatan ceria dan seolah-olah tiada apa yang berlaku.

Namun, itulah kehendak-Nya. Bila-bila masa akan dipanggil.

Kita yang masih dalam hayat ini, hanya menunggu giliran menemui-Nya.

Sebagai tanda ingatan dan kesedihan, doa kami panjatkan agar kiranya roh beliau ditempatkan di sisi arwah Para Solihat. InsyaAllah.

Terimakasih pada Kak Hajah Zaloha atas inisiatif mengadakan majlis ringkas ini. 

Sebelum bermula majlis tahlil dan doa

Para pegawai jabatan mengaminkan doa yang di baca oleh YM Ustaz Zulfauzi Awang Besar

TAKZIAH BUAT SAUDARA JAINUDIN IRIS


Takziah buat Saudara Jainudin Iris dan keluarga atas musibah yang menimpa.

Pada 20 Januari lalu rumah beliau yang terletak di Kampung Pamalan Keningau telah terbakar. Sebelum itu, ayah kesayangan beliau telah kembali ke rahmatullah tiga bulan yang lalu. Sungguh besar ujian yang dihadapi beliau dan sekeluarga.

Sesuatu yang menyedihkan juga, semua ini berlaku tatkala beliau berada di Universiti Al-Azhar, Mesir dan hanya akan kembali ke tanahair sekitar bulan November tahun ini.

Saya sempat mengucapkan takziah pada beliau sekalipun hanya berbicara melalui ruangan sembang facebook sebentar tadi.

Seperkara, Jainudin Iris adalah bekas PELAJAR SUIS DAN SMU TAMBUNAN sekitar tahun 2000 dan saya sempat dengan beliau ketika bertugas secara sukarela di sekolah berkenaan.

Beliau juga merupakan anak murid kesayangan kepada Allahyarham Tuan Guru Haji Ahmad Darbi Lubis.

Kepada warga Alumni SUIS Tambunan, sila hulurkan sumbangan anda untuk meringankan beban keluarga beliau. Sesiapa yang ada berhajat membantu dengan apa jua bantuan samada material mahupun sumbangan lain sila berhubung dengan saya.

Berita kebakaran dalam Utusan Borneo

MUSNAH..Beginilah keadaan rumah Imah yang musnah dalam kebakaran malam rabu lalu